Perak lagi untuk Datuk Lee Chong Wei

Tanggal 20/8/2016 , hari sabtu jam 10.15 malam waktu Malaysia , harapan menggunung rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong Wei ( DLCW ) memenangi emas olimpik pertama Malaysia tidak berjaya dijelmakan. Permainan mantap dan kawalan gelanggang yang sempurna oleh Cheng Long memastikan DLCW tewas straight set 18-21 , 18-21. Usaha gigih dan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh DLCW masih belum mampu menandingi kehebatan Cheng Long.


 Datuk Lee Chong Wei

Perlawanan badminton olimpik Rio 2016 bermula pada 11 Ogos 2016 , bertempat di Riocentro Pavilion 4, Riocentro - Av. Salvador Allende - Barra da Tijuca, Rio de Janeiro - RJ.

Keputusan perlawanan DLCW yang membawa perak buat negara :

11 Ogos - DLCW vs Soren Opti ( SUR )  21-2 , 21-3
14 Ogos - DLCW vs Derek Wong ( Singapore ) 21-18 , 21-8
17 Ogos - DLCW vs Chou Tien Chen ( Taiwan ) 21-9,  21-15
19 Ogos - DLCW vs Lin Dan ( China ) 15-21 , 21-11 , 22-20
20 Ogos - DLCW vs Cheng Long ( China ) 18-21, 18-21

Pingat perak utk DLCW

Mengimbas kembali penglibatan DLCW dalam sukan olimpik , beliau mula melayakkan diri ke olimpik pada tahun 2004 Olimpik Athens , Greece.

Langkah olimpik DLCW 

Tahun 2004 , Athens

16 Ogos - DLCW vs Ng Wei ( Hong Kong ) 15-3 , 15-13
17 Ogos - DLCW vs Chen Hong ( China ) 11-15 , 15-3 , 12-15
Kejuaraan dimenangi oleh Taufik Hidayat dari Indonesia yang menewaskan Sho Sheong Mo dari Korea Selatan dengan keputusan 15-8 , 15-7

Tahun 2008 , Beijing

11 Ogos - DLCW vs Ronald Susilo ( Singapore ) 21-13 , 21-14
12 Ogos - DLCW vs Kestustis Navickas ( Litunia ) 21-5, 21-7
14 Ogos - DLCW vs Sony Dwi Kuncoro ( Indonesia ) 21-9 , 21-11
15 Ogos - DLCW vs Lee Hyun II 21-18 , 13-21 ,21-13
17 Ogos - DLCW vs Lin Dan ( China ) 12-21 , 8-21
Kejuaraan dimenangi oleh Lin Dan dari China

Tahun 2012 , London

30 Julai - DLCW vs Ville Lang ( Finland ) 21-8 , 14-21 ,21-11
01 Ogos - DLCW vs Simon Santoso ( Indonesia ) 21-12 , 21-8
02 Ogos - DLCW vs Kasyap Parupalli ( India ) 21-19 , 21-11
03 Ogos - DLCW vs Cheng Long ( China ) 21-13 , 21-14
05 Ogos - DLCW vs Lin Dan ( China ) 21-15 , 10-21 , 19-21
Kejuaraan dimenangi oleh Lin Dan dari China

Tahniah DLCW!!!!, walaupun hanya mampu menggapai pingat perak tetapi keazaman dan kesungguhan untuk menang perlu dicontohi oleh semua atlet negara Malaysia. Semoga emas akan muncul di Tokyo 2020 nanti.








Info@Philately: New Stamp Issue 10/2016 | SEVEN WONDERS OF MALAYSIA'S FLORA & FAUNA | Date of Issue/Sale: 23.08.16

Untuk pengetahuan semua , Pos Malaysia akan mengeluarkan set setem kenangan isu " Tujuh Keajaiban Flora dan Fauna Malaysia "pada 23 Ogos ini. Sebagai pemegang akaun SODA , aku memang tidak sabar menunggu setiap keluaran setem terbarunya setiap bulan. 


Segala pertanyaan , bolehlah berhubung dengan :


Mohd Zainuddin Noor Rosdy (Moza)
Sales & Marketing, Online Services & Creative
Stamp & Philately Unit, Pos Niaga

Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t:              +603 2267 2002
f:              +603 2694 2139

Perth - Lancelin Sand Dunes & The Pinnacles Desert


Malam tadi, pn isteri bertungkus lumus mencanai karipap untuk sajian esok hari. Rajin pulak pn isteri nie, di Perth pun berusaha membuat karipap kentang. emmm sedap gak tu bolehlah bila lapar aje nanti boleh kunyah-kunyah karipap ni, bukannya apa sebab perjalanan hari ini akan mengambil masa yang lama.

Awal pagi ini, pn isteri sibuk di dapor memasak nasi dan goreng karipap kentang, hari ini kami akan makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis yang pn isteri buat sebelum berangkat ke Perth. Makanan yang telah siap tu, kami masukkan ke dalam tupperware untuk bekalan makanan tengahari dan kudapan semasa memandu nanti. Sebelum memulakan perjalanan, aku sibuk meneliti google map bagi meneroka jalan yang akan dilalui nanti. Perancangan lokasi hari ini adalah Lancelin Sand Dunes dan The Pinnacle Desert yang terletak di Nambung National Park, namun sekiranya bertuah nanti dapatlah kami melihat sunset di sana...idaman tu.


Segala persiapan (bekalan makanan, air mineral, air botol besar, tikar lipat, baju sejuk tapi takder lah baju sejuk yang tebal gitu, baju sejuk biasa-biasa aje agar tidak kesejukan di malam hari)  dimasukkan ke dalam kereta. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 8.30 pagi dan bergerak ke laluan yang sama seperti semalam iaitu haluan ke Yanchep. 

Perjalanan ke Lancelin ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan pemandangan ke sana sungguh mendamaikan, tiada kesesakan lalulintas dan sesekali ternampak ladang lembu di bahu jalan. 

Sampai di Lancelin Town, kami singgah di kedai ala-ala seven eleven gitu untuk menyewa Sand board dengan kadar AUD10 bagi tempoh satu jam, kami menyewa untuk dua jam. Kami meneruskan perjalanan melalui kawasan perumahan sebelum sampai ke Lancelin Sand Dunes. Sayup-sayup daripada jauh kelihatan kawasan meluncur pasir nie...yessss..akhirnya kami berjaya sampai. Kereta perlu diletak di kawasan yang bersesuaian agar tidak terkandas di pasir...huhuhu. 



Pandangan sisi belakang 

Setelah puas bermain luncur pasir, kami pun bertolak ke kedai di tempat kami menyewa sand board untuk memulangkan semula sand board dan mengambil semula wang deposit. 

Perjalanan diteruskan semula ke destinasi seterusnya iaitu The Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park. Di sini diingatkan agar memandu berhati-hati kerana terdapat binatang liar melintas secara tiba-tiba terutama kanggaroo, ular dll. Sepanjang perjalanan ini, kami sentiasa berwaspada bukan apa risau gak kami kalau tetiba berlanggar dengan kanggaroo. Di sepanjang perjalanan ke Pinnacle ini, terdapat juga bangkai kanggaroo di tepi jalan. kesian nyer kanggaroo tu. 

Terpaku dan terpukau sejenak kami menikmati keindahan alam semulajadi pemandangan gurun dan tumbuhan renek di Nambung ini. Indahnya ciptaan tuhan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih disebabkan kami berhenti rehat di bahu jalan yang agak lebar untuk makan dll urusan.



Alhamdulillah sampai juga kami  akhirnya di destinasi The Pinnacle Desert. nampak merah aje saujana mata memandang..huhuhu. The Pinnacle Desert ini dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Tip:- The Pinnacle Desert ini terletak di tengah-tengah Nambung National Park dan masa terbaik untuk melawat di kawasan ini adalah sekitar bulan September hingga Oktober kerana tumbuhan liar mekar berkembang dan nampak cantik pemandangannya.


Setelah puas menikmati keindahan gurun ini dengan fenomena batu tergantung ini, kami pun bertolak pulang ke Marranggaro. Sepanjang perjalanan ini, kami berdoa agar berpeluang berjumpa dengan sunset yang cun. Tarraaa, inilah hasilnya.


Perjalanan ke Marranggaro mengambil masa 3 jam...sejuk dan letih. 

Perth - Yanchep National Park & Two Rocks Beach



Bangun seawal 4 pagi untuk sembahyang Subuh dan kemudian pn Isteri buat sarapan dan bekalan untuk makan tengahari. Hari ni buat sandwich dan nasi goreng. Alhamdulillah siap sudah bekalan makanan tengahari dan kami masukkan ke dalam tupperware untuk makanan tengahari. Bukan apa, kami tak mau pening-pening mencari makanan sebab sukar mendapatkan makanan halal sepanjang perjalanan nanti.

Hari ini kami bercadang pergi ke Yanchep National Park. Kereta dipacu dengan berpandukan GPS. Emmm berdebar gak ler nak memandu di Perth ni. Perjalanan nampak mudah lagi sebab kami menggunakan aplikasi Google Map. Jalanraya di Perth nie mesra pengguna dan pemandu di sini semua berhemah. Lebih kurang 45 minit perjalanan kami pun sampai di Yanchep National Park. Berbekalkan pamplet yang diberi kami mengunjungi dan menikmati suasana nyaman di taman ini.  


Kami meletakkan kereta di tempat yang disediakan. Banyak lot parking disediakan untuk pengunjung taman ini, tidak ketinggalan juga tandas awam pun banyak di sekitar taman Yanchep National Park ini. Banyak juga tempat duduk disediakan untuk pengunjung beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Burung-burung di sini semua jinak-jinak dan kebanyakkan mendekati pengunjung untuk mendapatkan sedikit makanan daripada pengunjung. Kami duduk di satu sudut dan membuka bekalan makanan...taraaa sandwich dan air kopi. baru aje nak suap makanan terus pelbagai spesis dan itik datang mendekati kami. Teruja kami makan sambil ditemani burung-burung liar, seronok plus takut..bukan apa risau gak kalau makanan kami diambil oleh burung-burung liar ni.



Tidak ketinggalan juga, kanggaroo liar berkeliaran di sekitar taman ini, kami cuba mendekati kanggaroo ini tapi sukar sekali, bila dekat kanggaroo terus lari. emmm tension betul lah. Berkali-kali cuba snap shot gambar kanggaroo ni dengan posisi yang cun tapi hampeh...bila dekat dia lari. namun akhirnya berjaya juga le..yes.


Kami meneruskan perjalanan di sekitar taman ni, luas sungguh dan pelbagai spesis tumbuhan-tumbuhan dan pokok hutan ada di sini. Kami menyusuri pokok-pokok yang ada di sini bagi melihat tempat koala, namun hampa sebab koala hanya dilepaskan kepada tatapan pengunjung pada jam 3.00 petang. tak sanggup le nak menunggu huhuhu melepas lagi.


Berjalan dan berjalan lagi dan kami sampai di pusat penerangan. Di sini ada dijual tiket untuk melihat pertunjukan dan pelbagai pakej untuk para pengunjung membuat pilihan dan menikmati acara yang disediakan di Yanchep National Park ini. Kami melihat-lihat pelbagai cenderamata yang ada dijual di dalam premis ini.


Seterusnya kami mengambil kereta untuk meneruskan perjalanan menikmati keindahan alam semulajadi di taman, dengan berpandukan peta yang dibekalkan itu kami menuju ke lokasi Crystal Cave. Menariknya di sini kami dapat melihat pelbagai pokok renek yang kami tidak pernah jumpa. Sempat gak kami snap shot gambar-gambar pokok untuk tatapan semua.

Simbolik pintu gerbang Crystal Cave



Kami dibawa oleh pemandu pelancong untuk mengembara di Crystal Cave ini. Kami diceritakan mengenai sejarah kewujudan gua ini dan siapa yang menjumpai gua ini. Pelbagai ilmu  pengetahuan mengenai gua ini kami dapat perolehi dan dapat melihat keindahannya dengan mata kasar kami. Sungguh indah dan menakjubnya ciptaan tuhan. Kami hanya dibenarkan untuk mengambil gambar tanpa lampu flash. Ini bagi mengelakkan side effect dan meminimakan kerosakan crystal tersebut.

Crsytal Cave



Selepas selesai lawatan di Crystal Cave,kami berehat dan makan tengahari. Selesai makan, kami pun keluar dari Yanchep National Park dan menuju ke Two Rocks Beach. Berbekalan aplikasi Google Map kami mencari lokasi pantai ini. Kami melalui kawasan perumahan dan akhirya berjaya berjumpa dengan Two Rocks Beach. apa lagi teruslah kami meronda-ronda..pantainya sangat cantik.


Keindahan pantai Two Rocks yang amat mengasyikkan

Pn Isteri sempat berposing disebalik batu 

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...