Sehari sebelum bercuti ke Vietnam

Tarikh : 12/7/16

Hari ni memang hari yang paling sibuk buat kami sekeluarga. Miza dan Hafizi tetap juga kena bersekolah hari ni kerana mereka akan bercuti selama 4 hari. Jadi surat kebenaran bercuti dihantar kepada cikgu masing-masing. Setelah selesai menghantar Hafizi ke sekolah , aku dan Miza ( yang juga baru balik dari sekolah ) terus ke Central Mart untuk mencari lauk pauk dalam tin.Biasa lah percutian bajet-bajet ni , jimat kos hehehe.

Kari ayam , sup ayam , sambal bilis dan daging masak black pepper menjadi sasaran kami. Beras seberat 2kg telah  dah beli di Giant Shah Alam sebelum ni. Tidak ketinggalan juga , kami membeli Universal Socket untuk keperluan di sana nanti. Di Giant Shah Alam , kami dah awal-awal menukar duit RM ke USD dan Dong Vietnam. Adalah dalam RM 500 kami telah tukarkan ke Vietnam Dong dan RM 650 lagi untuk US Dolar .Kadar tukaran pada masa ini adalah :

RM4 = 1 USD
RM19 = 100,000 VND

Duit USD dan VND yang sempat kami tukar

Pada sebelah petang selepas selesai mengambil Hafizi dari sekolah , kami terus ke rumah mak di  Kg Merbau Sempak untuk meminjam traveler rice cooker  , saiznya kecil dan cukup-cukup untuk memasak 3 pot beras sekali masak. Kira ok la untuk kami sekeluarga.

Sampai sahaja di rumah di Puncak Perdana, proses mengemas pakaian dan barang-barang keperluan dimulakan. Pn isteri juga sibuk di dapur untuk memasak sambal bilis tumis manakala Miza sibuk membuat sambal kicap.Setelah siap, kami bungkus semuanya dengan elok supaya tidak tumpah dalam beg nanti. Aktiviti mengemas berakhir pada jam 1 pagi, dan kami mesti tidur segera agar tidak terlewat utk ke airport pada keesokan hari.

Hari Raya Keempat

Tarikh : 9/7/2016

Selesai solat subuh , seperti biasa lah aku dan Miza tidur kembali dan bangun semula jam 8:30 pagi. Isteri memberitahu hari ni , kita semua hendak beraya di Lenga. Aduyai penat la nampaknya hari ni sebab malam karang nak balik ke Puncak Perdana pula , entah boleh 'drive' atau tidak malam nanti, sure ngantuk gilo.

Sebelum ke Lenga untuk berhari raya, kami beraya dulu di rumah makcik tempe. Nampaknya tahun ni makcik tu dah tak buat tempe goreng pedas macam selalu. Semua nampak macam kuciwa jer. Di situ juga kami berjumpa dengan keluarga Man Bas. Dia nak datang esok berjumpa dengan kami, tetapi bila diberitahu yang kami akan balik malam nanti , dia kata dia akan datang pada waktu magrib pada malam nanti.

Perjalanan ke Lenga mengambil masa selama 30 minit kerana jalanraya yang tidak sesak. 


 Perjalanan ke Lenga yang selesa , jalan tidak sesak

Adam kepenatan , lena betul tidur atas sofa kereta 

Dah nak sampai dah.lega!! 

Laluan ke kampung , kalau malam sure seram jalan sorang-sorang ni

 Kami berjaya sampai , nasib baik ada tuan rumah ..kalau takda memang penat jer la datang dari jauh

Apa yang difikirkan oleh Wak Jamari tu? 

kurr.kurr..kurr ...main dengan burung pulak si Amin ni.  

Sempat jugalah bergambar di depan rumah.  

Miera 

Selepas beraya di Lenga ( saudara belah bapa mertua ) , kami tidak singgah kemana-mana dah ,terus menuju ke rumah kembali. Sampai di rumah pun dah petang , selepas maghrib aku ingat nak tidur sekejap memandangkan sekejap lagi kami akan balik ke Puncak Perdana, tapi bila hendak tidur jer keluarga Man Bas pula datang, terpaksa lah layan sampai jam 11 malam.


Kami mengemas barang dan baju untuk diletakkan ke dalam kereta apabila keluarga Man Bas dah balik. Man Bas bagitahu dia nak ikut Khairul dan Amin ngurut dengan Wak tu , so jangan lupa yer Amin, jemput dia di rumah nanti. Selepas jam 1 pagi kami bertolak ke Puncak Perdana dan sempat jugalah ngeteh dengan Mas Bas , Khairul dan Amin di restoren mamak di Bukit Gambir selepas diorang selesai ngurut.Kami sampai di Puncak Perdana dalam jam 4 30 pagi , perjalanan memang lancar sekali memandangkan jumlah kenderaan yang tak banyak melalui lebuhraya pada pagi ni.Sampai di rumah , setelah solat subuh , kami pun dengan gembiranya ke katil utk tidur.

Hari Raya Ketiga


Tarikh : 8/7/2016

Selesai solat subuh , kami tidur kembali kerana kepenatan manakala isteri sibuk di dapur memasak sarapan bersama ahli keluarga. Dalam jam 8:30 pagi , aku bangun untuk mandi ..tu pun kepala masih pening-pening lalat kerana tidak cukup tidur semalam. Selepas mandi dan bersiap , terus ke dapur untuk bersarapan dan kelihatan Khairul pun baru bangun tidur , hehehe sama la ngantuk dengan aku agaknya tu. Cekodok bawang dan ikan bilis menjadi sarapanku yang paling enak sekali pada hari ni.

Selepas selesai sarapan , lebih kurang jam 10:30 pagi semua ahli saudara telah bersiap dengan baju raya untuk 'upacara' .Kak Long dan Abang Long pun baru jer sampai maka lengkaplah keluarga untuk majlis tersebut. 'Upacara' ni adalah majlis bersalam-salaman, memberi duit raya bersama ahli keluarga serta aktiviti bergambar. 


Antara gambar-gambar yang sempat diupload, banyak lagi gambar sebenarnya.


Anis dan Acik Shima 

 Dedek 

 Ijam dan Syapa serta anak-anaknya

 Khairul dan Kamariah

 Keluarga Kak Ida

 Kak Ida dan Ryan

 Akila

 Miera

Wani

Hampir ke jam 1 tghari baru la majlis selesai , di mana kami tidak sempat bergambar beramai-ramai bersama ayah mertua kerana dia tergesa-gesa hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat , so kami teruskan jer aktiviti bergambar beramai-ramai tanpa dia, sebelum kami ke masjid utk solat.


Bergambar beramai-ramai tanpa kehadiran bapa mertua.

Selesai solat jumaat , kami rehat sebentar , makan apa yang ada dan meneruskan perjalanan menziarahi kaum saudara dari Parit Bengkok sampai ke Hujung Tambak. Aktiviti tersebut selesai pada jam 6:30 petang. Setelah solat Asar dan mahgrib , kami terus ke Pagoh untuk makan malam di rumah Wak Lan dan Kak Ngah. Masakan Baung masak asam pedas memang menyelerakan. Tepat jam 9:30 malam kami kembali ke rumah dan keluarga Kak Long juga pulang ke Klang dalam jam 10 malam kerana ada urusan keluarga di sana.

Hari Raya Kedua


Tarikh : 7/7/2016

Penat beraya semalam memang amat ketara , selepas solat subuh kami sekeluarga tidur kembali kerana masih kepenatan dan bangun lebih kurang jam 11 pagi. Selepas selesai memasukkan semua baju dan barang keperluan ke dalam beg , kami terus ke kedai mamak utk bersarapan. Perjalanan ke kampung di Johor dimulakan dengan berhari raya dahulu rumah Kak Long di Kg Kuantan ,Klang. Sempat juga kami pekena nasi kerabu yang di bawa oleh Kak Kamariah dan Khairul malam tadi. Memang sedap dan lazat , cukup dengan ulam-ulaman nya. Nyesal pulak makan kat mamak tadi kalau tidak mahu 2 pinggan kami tambah nasi kerabu ni.

Setelah solat zohor , kami meneruskan perjalanan ke Johor . Kami meneliti google maps utk meninjau kesesakan lebuhraya dan ia menunjukkan kesesakkan yang teruk dari Seremban menuju ke Air Keroh. Kami mengambil jalan alternatif ke Johor dengan melalui jln KLIA Sepang dan terus ke Port Dickson. Kami meneliti lagi lebuhraya PLUS samada masih sesak atau tidak menerusi aplikasi google maps dan ia menunjukkan kesesakan teruk sampai ke Tangkak. Lantas kami bertekad melalui jalan lama saja la untuk sampai ke kampung.

Dari Port Dickson kami terus ke Lubuk Cina dan melalui Lebuh AMJ untuk ke Sungai Mati di Muar. Kami sangkakan perjalanan kami akan berjalan lancar dengan melalui lebuhraya ni , tapi sangkaan kami amat meleset sekali. Apabila sampai sahaja di Melaka , kesesakkannya amat ketara , disebabkan kenderaan yang terlalu banyak melalui lebuhraya ni. Ditambah pula dengan lampu trafik yang banyak sekaligus menambahkan lagi kelambatan kami ke destinasi. Kami sampai di Sg Mati dalam jam 6:30 petang sebelum berhenti di RnR utk rehat dan solat.

Kesesakan jalanraya tidak terhenti di situ sahaja, apabila kami memasuki jalanraya menuju ke Gersik dari Sg Mati , kelihatan kenderaan terlalu banyak dan menyebabkan kesesakan melampau di kawasan itu. Kami terpaksa berhenti di masjid berdekatan untk solat magrib sebelum meneruskan perjalanan ke Gersik. Kami sampai di Parit Bengkok , Gersik dalam jam 9 malam. Pada ingatan kami , mungkin kami orang yang terakhir sampai di kampung tapi rupanya ada juga yang datang lambat disebabkan kesesakan yang melampau, hehehe lega.

Apabila sampai jer di rumah setelah bersalaman dengan mak,abah dan saudara-mara , memang kami terkam dulu nasi. Memang lapar betul. Dalam jam 10 malam , Khairul dan Abg Jamari ajak temankan pergi berurut di Bukit Gambir. Diorang cakap Wak tukang urut tu power dalam mengurut. Badan pun dah penat so gagahkan juga la untuk memberi sokongan pada diorang tu. dalam jam 2 pagi baru lah selesai diorang dikerjakan oleh Wak tu.Mahu terjerit-jerit jugaklah si Khairul tu , tapi dia kata best pulak, aku kat luar ni sampai dah naik pening dah menunggu dia.

Sampai jer di rumah jam dah menunjukkan pukul 2 :30 pagi . Mata pun dah tak boleh tahan , apa lagi memang masa untuk tidur la. Tengah syok-syok tidur hujan lebat pulak , abis bocor atap masuk air tepat-tepat kena muka pulak tu , adusss...terganggu mimpi-mimpi indahku.


HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...