Telaga Tujuh Langkawi

Mengikut Wikipedia


Air Terjun Telaga Tujuh (Seven Wells) merupakan rangkaian air terjun yang berasal dari tujuh mata air, mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Curahan dari telaga pertama terjadi sebatang sungai kecil dan menerusi ke telaga yang lain. Ia terletak di tebing Gunung Mat Chinchang menghala ke Teluk Burau. Air Terjun Telaga Tujuh setinggi 91 meter ini boleh didaki melalui 900 anak tangga curam sehingga bahagian pertama air terjun. Ia boleh mengambil masa antara 45 minit sehingga sejam untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun Telaga Tujuh yang setinggi 90 meter ini.

Air Terjun Telaga Tujuh mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan membentuk tujuk kolah pada muka bukit, dari mana ia mendapat nama. Aliran air yang pantas menjadikan batu sekelilingnya licin ketika air mengalir dari satu kolam ke kolam yang lain sehingga kolam ke tujuh di kaki bukit 90 meter di bawah. Air terjun ini dikatakan sungguh cantik sehinggakan ia menjadi tempat pari-pari mandi dan juga mampu merawat penyakit.

Terdapat pokok limau sintuk yang terdapat di kawasan air terjun itu yang dikatakan ditinggalkan oleh pari-pari tersebut. Limau Sintuk biasanya digunakan dalam perubatan Melayu bagi membuang sial dengan mandi bersintuk.

Air Terjun Telaga Tujuh boleh dicapai menggunakan kereta, motorsikal atau teksi; satu meter selepas melepasi Pantai Kok, belok ke kanan, bersetentangan dengan Burau Bay Resort sehingga sampai ke tempat letak kereta. Terdapat gerai menjual cendera hati di kaki bukit. Memanjat ke puncak air terjun memakan masa sekitar 45 minit, dan pengunjung dapat menikmati pemandangan indah semulajadi di hutan hujan khatulistiwa sepanjang perjalanan.
Bagi mereka yang mata tajam, mereka berpeluang melihat haiwan liar seperti monyet dan tupai, selain berpeluang melihat burung enggang yang bertenggek di dahan pokok.

Pengunjung dinasihati agar mematuhi panduan yang diberi, mereka yang tidak mematuhi arahan keselamatan ada yang tercedera atau terbunuh di masa lalu. Ini berlaku apabila pengunjung melintasi tali halangan untuk pergi lebih hampir dengan air terjun lalu tergelincir akibat batu yang licin

Hafizi sedang leka mandi di air terjun telaga tujuh ni , kesejukan airnya memang terasa . Tapi kalau nak mandi di sini kena lah berjalan menaiki tangga yang banyak , lenguh kaki dibuatnya , tinggi bebenor air terjun ni, mana-mana yang sakit lutut , mahu kejang dibuatnya bila sampai ke atas. Apa-apa pun permandangan dari atas bukit ni memang indah dan mengasyikkan

Majlis Pertunangan Akila ( anak buah ) pada 28 nov 2015

Sekitar majlis pertunangan anak buah yang bernama Filzah Aqilah...bukan Mira Filzah yer. Majlis berlangsung di Kampung Kuantan Klang pada 28 Nov 2015.

Baru jer update sebab mood utk berblog dah datang balik. Detail akan di sertakan kemudian.

 Akila bersama bakal mak mertua (sebelah kiri ) dan mak nya

 Bersama makcik-makcik dan sepupu sepapat


Muka nampak macam berseri jer...

Sekian Lama Menyepi

Salam semua , setelah sekian lama menyepi ( bermula dengan kes demam denggi berdarah ) akhirnya tergerak hati nak berbloger kembali . Macam malas jer tapi rasa macam nak buat juga...malas ..tapi nak buat..malas pulak .. tapi rasa macam nak buat....tengok la camna...kalau ada..ada la....kalau takda...tunggu la setahun lagi..hehehehe...


Belajar 'snap' dengan kamera DSLR

19 Oktober 2014 jam 6 petang.

Projek petang ni adalah bagi mengajar my wife tentang selok-belok penggunaan kamera Sony DSLR. Memandangkan my wife akan ke Perth untuk urusan kerjanya maka eloklah dia belajar sedikit sebanyak penggunaan kamera ini bagi memantapkan lagi dirinya dalam proses 'snap' gambar di sana nanti. Yang paling penting baginya adalah pengetahuan tentang ISO , mengawal shutter dan juga aperture.

Di sini diterangkan serba sedikit tentang 3 setting utama DSLR tersebut:

1. ISO - ISO or ASA adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.


ISO diwakili dengan nombor seperti ISO80, ISO 100, ISO 200 dan seterusnya. Tambahkan ISO jika anda menggunakan aperture kecil dan shutter speed yang lebih pantas. Ini kerana ISO akan membantu mencerahkan imej yang kita rakam. Lebih tinggi ISO yang kita gunakan, gambar akan menjadi lebih cerah dan kurang kualitinya untuk cetakan bersaiz besar

:)
Untuk film atau ‘point and shoot’ camera, biasanya tersedia dengan ISO 50 atau 100 paling rendah. ISO yang lebih pantas adalah seperti ISO 800 atau 1600 atau 12,000. Digital SLR adalah lebih sensitif kepada cahaya daripada kamera filem atau kamera digital yang berlensa tetap (fixed-lens).
Penggunaan ISO yang rendah adalah untuk mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’. Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih ‘grain’ berbanding dengan ISO rendah


2. Shutter Speed - Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR


Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon)


3. Aperture - Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila anda mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.


Berapa banyak cahaya yang masuk ke dalam lubang shutter akan mempengaruhi samada gambar yang diambil akan mendapat ‘exposure’ yang betul atau tidak (dengan mengabaikan faktor shutter speed dan ISO terlebih dulu). Terlalu banyak cahaya yang masuk boleh mengakibatkan gambar menjadi ‘overexposed’, manakala terlalu kurang boleh menyebabkan ia menjadi ‘underexposed’ pula. 

Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin besar.



 Inilah hasil yang diperolehi dari pengajaran petang ini, kira boleh lah yer. Kesian si Miza tak pasal-pasal jadi model pulak petang tu.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...