Majlis Perpisahan Staf UiTM Puncak Perdana

16 Oktober 2014

Majlis perpisahan staf UiTM Kampus Puncak Perdana iaitu :

1. Ustaz Shahrulnizam - ke UiTM Shah Alam ( kenaikan pangkat ke Pegawai Ehwal Agama Islam)
2. En Suzami - ke UiTM Kuala Pilah ( kenaikan pangkat ke Pen Pengurus Asrama)
3. Pn Zalina - ke UiTM Puncak Alam ( pertukaran biasa )

 Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis

 Bacaan doa dari Ustaz Ismail Yeop

 Ucapan penghargaan dari wakil kampus UiTM KPP iaitu Dr Erni

 Sepatah 2 kata dari Ustaz Shahrulnizam , nampaknya kampus ni telah kehilangan seorang imam yang berkaliber

 En Suzaimi menyampaikan ucapan perpisahan dengan penuh yakin dan semangat


 Pemberian cenderahati kepada Ustaz dan En Suzaimi , semoga bertambah mantap dan efesyen lagi bekerja di tempat baru

 Cik Siti Nurhasliza mewakili Pn Zalina yang tidak hadir dalam majlis ini bagi penerimaan cenderahati

Antara rakan staf yang hadir bagi memberi sokongan kepada rakan yang akan berpindah

Jimmy si kucing Aan

7 Oktober 2014 ,  Kucing terbiar ini dijumpai oleh Aan ( anak Kak Long Klang ) semasa belajar di UiTM , mungkin kesian dengan kucing tersebut yang comot dan kelaparan maka Aan mengambil keputusan 'jitu' untuk menjaga kucing tersebut. Pada mulanya Aan ingat kucing itu adalah kucing betina tapi apabila diteliti oleh 'pakar' kucing ( acik dia la ) rupanya ia seekor kucing jantan , jadi namanya telah ditukar ke nama yang lebih 'owsem' iaitu JIMMY.



Aktiviti menanam pokok buluh madu di kampung

7 Oktober 2014 , Projek kali ni adalah menanam anak pokok buluh madu di kampung Parit Bengkok , Gersik.  Anak pokok ini telah di bawa oleh Abe Khairul dari Kuala Lumpur.

Kelebihan buluh madu adalah :

1. Tiada miang pada buluh
2. Kawasan persekitaran adalah bersih
3. Rebung boleh dimakan terus tanpa direbus
4. Batangnya boleh dibuat lemang
5. Batangnya juga boleh dibuat kraftangan dan rakit

Penanaman pokok buluh madu:

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.

 Abe Khairul dan Amin nampaknya begitu bersemangat untuk menanam pokok buluh madu

 Lokasi : Kebun Getah , tanahnya yang subur memang sesuai utk penanaman apa jua tanaman


Akhirnya pokok tersebut berjaya ditanam

Majlis Hari Jadi Onie..

15 Sept 2014 ,  Majlis harijadi Onie  , anak perempuan kepada Ustaz Azlan ( Ketua Unit ACIS ) UiTM Kampus Puncak Perdana telah diadakan di rumahnya beralamat 5D02 Blok 5 , Kolej Jasmine pada 15 sept 2014 jam 11 pagi - 4 petang.
Onie sedang meniup lilin kek harijadi

 Miza dan Hafizi juga hadir bagi memeriahkan suasana majlis harijadi. Onie tu asyik pandang kat Hafizi jer tu..nampak 'ohsem' ker?
 Tukang bancuh air ker diorang ni?

Ibu Onie juga sibuk melayan kerenah anak-anak jiran yang mahu merasa kelazatan kek harijadi tu.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...