Aktiviti menanam pokok buluh madu di kampung

7 Oktober 2014 , Projek kali ni adalah menanam anak pokok buluh madu di kampung Parit Bengkok , Gersik.  Anak pokok ini telah di bawa oleh Abe Khairul dari Kuala Lumpur.

Kelebihan buluh madu adalah :

1. Tiada miang pada buluh
2. Kawasan persekitaran adalah bersih
3. Rebung boleh dimakan terus tanpa direbus
4. Batangnya boleh dibuat lemang
5. Batangnya juga boleh dibuat kraftangan dan rakit

Penanaman pokok buluh madu:

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.

 Abe Khairul dan Amin nampaknya begitu bersemangat untuk menanam pokok buluh madu

 Lokasi : Kebun Getah , tanahnya yang subur memang sesuai utk penanaman apa jua tanaman


Akhirnya pokok tersebut berjaya ditanam

No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...