Raya ke 10

6 Ogos 2014 ( 10 Syawal ) , Malam ini jam 9 30 malam telah diadakan satu jamuan raya bagi PPP ( Pegawai Pembangunan Pelajar ) , bekas PPP dan juga Pengetua Kolej Jasmine , dengan berkonsepkan 'potluk' setiap keluarga di wajibkan membawa satu menu utk jamuan tersebut .
Antara menu yang di bawa adalah :

Mazli dan Keluarga : Mee Goreng Sotong
Najimi : Nasi Minyak dengan ayam masak merah
Roslan dan Keluarga : Air buah-buahan dan air teh o
Aiman dan Keluarga : Tisu
Nurul : Desert
Jieha dan Keluarga : Rendang Kerang
Fauzi dan Keluarga : Buah-buahan
Kamil dan Keluarga : Buah-buahan
Izwan : spageti
Ustaz Azlan dan Keluarga : Nasi impit dan bubur
Haji Bahman : Satay Kajang
Husna : rendang daging

 Haji sedang bermain-main dengan anak Jieha....

 Nampak meriah dengan menu yang perbagai....

 Makanan yang di bawa oleh semua keluarga PPP , terlalu banyak sampai tak habis di makan , terpaksa memanggil pelajar utk menghabiskan nya..

 Wah..seronok betul diorang ni ....ada gosip terbaru ker?

Haji Bahman memberi duit raya kepada semua anak-anak PPP , Miza dapat RM10..hehehe..

Majlis tamat pada jam 12 malam , semoga majlis ini akan dibuat lagi pada tahun hadapan.

Hari Raya ke 4

31 Julai 2014 ( 4 Syawal ) , rancangan utk berhari raya di Lenga terpaksa di batalkan kerana kesuntukan masa .. walau bagaimanapun kami tetap juga beraya di sekitar kampung Parit Bengkok .

 Mak-mak dara dan anak-anak dara sempat bergambar di depan rumah tempat kami bertandang.

 Ini salah seorang model pakaian muslimah ni..hehehe , namanya Wani..bakal ahli Farmasi.

 Amboi..berposing sakan...kalah artis macam ni..Kak Long pun ada tu.

Seronok nampak...tapi jangan lompat-lompat tau..nanti roboh pulak rumah ni...kesian tuan rumah

 Sempat juga diorang ni bergambar di pohoh kelapa sawit...nampak Anis tu yang paling bergaya..

 Atas jambatan ... parit kat bawah jambatan tu dulu memang jernih airnya , sesuai utk mandi tapi skrg dah tercemar dengan teruknya.

 Model-model sempat bergambar di runtuhan kota Melaka opss silap...runtuhan rumah arwah 'onyang/nyayi' . Hanya tinggal serpihan tangga jer utk kenangan.

 Buaian ni memang tahan la...beberapa org duduk pun masih tahan lagi..hehehe

Seronok sangat tu melompat....jangan terseliuh kaki udah ler..hehehe

Jam 5 petang , program raya diteruskan , destinasi kami adalah Bandar Pagoh , kali ni kami beraya di rumah Kak Ngah / Wak Lan , Sampai jer di sana , kami dihidangkan dengan sambai petai dengan nasi putih...terangkat beb. memang kenyang giler ler time tu.

 Kat mana jua , model-model ni sempat bergambar di pokok kelapa di Pagoh..hehehe..

Anty Syapha juga tak ketinggalan bergambar bersama anak-anak buahnya

Babai Pagoh , semuanya gembira dapat berhari raya tanpa sebarang kecelakaan dan masalah , semoga berjumpa lagi tahun depan. kami balik dulu...


Hari Raya Ketiga

30 hb Julai 2014 ( 3 Syawal ) . Setelah semua keluarga telah ada di kampung , saatnya tiba utk upacara bermaaf-maafan , bersalam-salaman dan bergambar - 'gambaran' sesama keluarga. Pada masa inilah semua sanak saudara berpakaian baru dengan perbagai warna dan corak , maklumlah nak bergambar mestilah pakai baju yang comel-comel dan baru kan, takkan nak pakai jersey bola pulak? hehehe..


Diorang ni....orang sibuk nak memulakan upacara..tak abis-abis nak berselfie jer..hehehe...

Pandai gak mak-mak orang ni bergaya di depan kamera , ala-ala model kalendar gitu...tahun depan jangan lupa jadi model lagi yer..
Cucu cicit Tuan Haji Asrap sedang bergambar dengan meriahnya , Aan tgh buat apa pulak tu?

Nie dia keluarga besar kami di Kampung Parik Bengkok , Gersik . Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin , semoga panjang umur dan berjumpa lagi di tahun hadapan.

Hari Raya Ke 2

29 Julai 2014 ( 2 Syawal ) , Awal pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk pulang berhari raya ke kampung ( Parit Bengkok , Gersik , Johor ) . Selepas selesai mem 'packing' apa yang patut , kami pun mula bertolak dari Puncak Perdana lebih kurang jam 12 tghari.  Kami singgah sebentar di Kampung Merbau Sempak untuk menyimpan kereta kami iaitu Honda CRV ( tahun ni kami balik ke kampung menaiki Perodua MYVI , disebabkan tayar Honda CRV kami tak berapa sesuai digunakan untuk perjalanan jarak jauh).

Perjalanan dari Shah Alam ke persimpangan KLIA melalui leburaya ELITE berjalan dengan lancar sekali , walaupun kenderaan banyak bertali arus tapi tahap kesesakan masih kurang, tetapi apabila mahu memasuki sahaja lebuhraya PLUS di Seremban , kesesakan di lebuhraya amat teruk sekali. Kami ingatkan kesesakan ini akan berkurangan setelah melepasi Tol Seremban atau Tol Senawang tetapi kesesakan ini berlanjutan sehingga ke Ayer Keroh , punya la seksa nya memandu dalam keadaan macam ini , rasa macam nak terbang jer...

Kami sampai di kampung Parit Bengkok dalam jam 4 petang, Ejam  , Kak Ida  dan Azah sekeluarga masih belum sampai lagi, so untuk tidak membuang masa, selepas solat Asar kami pun beraya juga di 'Darat' dengan beberapa keluarga yang dah ada. Sempat juga lah kami beraya dalam 2-3 rumah pada petang tersebut.

 Kila nampak paling bergaya ari tu, duduk di tengah-tengah pulak tu..hehehhe

 Ni dia pasangan paling romantik di hari raya kedua ni , berdua-duaan kesana kesini..huhuhu

 Orang nak beraya dia ni asik tgk gajet jer....camno nak fokus raya camni??

 Gadis-gadis comel berhari raya...seronok nampak diorang tu.

 Sebelum balik pekena rambutan dulu, mmg lazat dan berkhasiat.

Apa yang ditengok tu? ada cicak lak kat tayar .."eeee geli la" kata Kila.

Selepas magrib , aktiviti raya kami diteruskan ke rumah makcik Tempe dan Wak Sukini. Ok la tu sempat juga beraya di hari raya kedua ini.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...