Malam Puncak Perdana Beristigfar

Malam Puncak Perdana Beristigfar telah di adakan pada 15 Mei 2014 , bertempat di UiTM Kampus Puncak Perdana . Majlis ini bermula pada jam 7 malam sehingga berakhir pada jam 11 30 malam dan dianjurkan oleh PMH ( Persatuan Mahasiswa Hadari ) dengan pihak JAIS menyediakan segala bantuan kewangan serta teknikal.

Aturcara Majlis :
5:00 ptg : Penyediaan Khemah Jualan
6:00 ptg : Urusetia berkumpul
6:30 ptg : Ketibaan tetamu
7:20 mlm : Solat maghrib
8:00 mlm : Beristgfar
8:30 mlm : Solat Isyak
9:00 mlm : Peserta mengambil tempat
9:05 mlm : Bacaan doa
9:15 mlm : Ucapan PNC
9:25 mlm : Forum perdana
11:00 mlm : Penyampaian cenderahati
11:10 mlm : Penutup
11:30 mlm : Jamuan

Antara Ahli Panel yang diundang khas adalah :
Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid
Salima AF4
Ustaz Halim Hafidz
Sheikh Abdul Karim

Kelihatan En Nazimi ( Felo KPP ) antara VIP yang terawal datang ke majlis tersebut ( termasuk lah yang sedang mengambil gambar ini )

 Tuan Pengetua Kolej Jasmine KPP sedang menyampaikan kata-kata aluan bagi menggantikan PNC yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Nampak macam ketua kampung tak?

 Antara pelajar JPK ( Jawatankuasa Perwakilan Kolej ) yang membuka gerai jualan pada majlis tersebut , yang di belakang tu ceria sungguh.

 Diorang ni kalau bergambar nombor 1 la , tapi tak boleh kacau yang belakang tu....dah bertunang.

 Antara tetamu yang hadir , ramainya pelajar siswi ni.

 Dianggarkan lebih kurang seribu org yang hadir pada majlis tersebut.

 Nampak bz Ustaz Suhaimi melayan sms ...

 Salima AF4 sempat menceritakan kisah silam beliau semasa jamuan makan di bilik Seminar Kolej Jasmine
Jamuan makan antara Felo , Jemputan VIP dan juga penceramah sebelum majlis selesai pada jam 12 malam .

Majlis Pertunangan Naza dan Nora

Majlis pertunangan Naza dan Nora telah diadakan pada 30hb Mac 2014 pukul 3 petang , bertempat di Banting Klang . Kami berkumpul dahulu di Kampung Merbau Sempak dan bertolak dalam jam 2  15 petang . Antara yang mengikuti kami ke Banting adalah Mak Ngah Nyok belah Abah dan Pak Ngah Saron belah Mak . Perjalanan dari Kg Merbau Sempak ke Banting mengambil masa selama 30-40 minit.
 Kami disambut oleh pihak perempuan dengan senyuman mesra.

 5 dulang hantaran dari pihak keluarga Naza.
   Dah macam majlis perkahwinan jer nampaknya.
    Ini dia Nora , tunangan Si Naza....comel nampaknya dia ni.
    Proses menyarung cincin oleh ibu Naza ke jari bakal menantunya

Antara tetamu VVIP yang hadir memeriahkan majlis pertunangan Naza dan Nora , nampak ceria jer ..

 Wakil dari pihak perempuan ( Nora ) bagi proses perbincangan pertunangan dan tarikh perkahwinan.

          Sempat juga seisi keluarga Naza utk bergambar bersama si Nora.
Maksu tgh mengunyah YONG TAU FU....sedap giler .... harap masa majlis perkahwinan nanti ada lagi toukeh tu buat lagi...memang lazat..
Si Jeha sempat bersalaman dengan bakal makcik nya sebelum berangkat pulang..

Proses mengambil gambar ( smartcard ) pelajar

Proses mengambil gambar ( smardcard ) pelajar telah dilaksanakan pada 5hb April 2014 , Proses bermula pada jam 9 pagi sehinggalah ke jam 4 petang . Mengikut pangkalan data yang diterima seramai 1100 pelajar UiTM Puncak Perdana sepatutnya terlibat dalam proses tersebut , tetapi apabila kaunter telah di tutup pada jam 4 petang hanya 383 org pelajar sahaja yang hadir , tahniah kepada pelajar yang dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut ,
Antara pelajar yang sedang menunggu giliran utk mengambil gambar bagi proses smartcard , nampak ceria mungkin sebab air dah kembali ada di kolej.
 Abang Fuad nampaknya sedang sibuk 'keyin' no pelajar utk proses mengalmbil gambar

Sibuk gak si Rozi nie melayan pelajar-pelajar yang hadir ,  sampai berkerut dahi tu..hehehe

 1...2.....3...senyummmm...

Antara para pelajar yang masih menunggu giliran utk di ambil gambar , amat sedikit kehadiran para pelajar lelaki jika dibandingkan dengan pelajar wanita.

Dah nampak kosong kaunter proses smartcard pelajar , sambutan kurang menggalakkan , hanya 30% sahaja pelajar yang hadir pada hari tersebut. Apa apa pun ucapan terima kasih pada staf Infotech Shah Alam , Jawatankuasa Perwakilan Kolej KPP kerana banyak membantu , yang penting makanan nya amat sedap sekali ( nie Rozi yang kata hehe )

JUMPA LAGI SEMESTER DEPAN !!

Majlis Perpisahan Huda Pej PNC UiTM KPP

Majlis di adakan pada 27/3/14 jam 10.30 pagi, bagi meraikan Puan Huda ( kerani Pej PNC UiTM Puncak Perdana ) yang akan berpindah ke UiTM Jasin Melaka , esok adalah hari terakhir beliau di UiTM Puncak Perdana , semoga bertambah rezekinya dan cerianya bila bekerja di sana nanti.

 Si Fatin telepon sapa tu? air minum tak sampai lagi ker?
 Abang nie tgh sabar menunggu..bila nak makan nie...perut dah berbunyi nie.
 Tuan Hj Bahaman ( Pengetua Kolej Jasmine ) selaku Pengerusi Majlis
 Antara staf yang hadir , nampak Aznor khusyuk mendengar ucapan Tuan Haji
 Ucapan perpisahan Huda yang di raikan, tak nampak sedih pun...
 Seronok dapat hadiah dari Dr Ernie..
 Cepat la potong kek tu , org lain dah lapar ni....
 Bacaan doa makan oleh Ustaz Azlan
 Makan time..saat yang paling ditunggu-tunggu telah tiba....SERANGGGGGG !!!!!!!
Cik Zul sempat bergambar dengan Huda buat keseribu kalinya...hehehe...comel tak?

Majlis Perpisahan berakhir pada jam 12 thari , dan diharapkan Huda akan lebih berjaya lagi di tempat baru...Amin...GOOD LUCK !!

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...