Undangan Walimatul Urus


Satu undangan jemputan 'Walimatul Urus' daripada teman sekerja pn. isteri, Encik Jamaludin Othman di Taman Saga, Ampang bakal kami penuhi. Detik jam telah menunjukkan pukul 12 tengahari dan kami pun memulakan perjalanan ke Ampang. psssst...sebenarnya kami nie redah aje jalan menuju ke Taman Saga, Ampang tu...al maklum ler kami tak biasa jalan area Ampang nie...nak dijadikan cerita pada masa itu, kami tersesat jalan...huhuhu sedih gak pada mulanya, namun demi hendak memenuhi tuntutan jemputan tue kami gagahi juga perjalanan tersebut dengan bantuan Google Maps, yessszer!!! akhirnya alhamdulillah kami berjaya ke destinasi yang dituju Taman Saga...syukur padamu Yang Maha Esa kerana permudahkan perjalanan kami.

Bercerita tentang perkara majlis perkahwinan nie, sememangnya masyarakat melayu begitu berpegang teguh dengan adam resam yang menurut kepercayaan ianya memberi kesan dalam kehidupan sekiranya tidak diadakan...BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT katanya...emmm relevan lagi ker peribahasa ini pada tika ini. 

Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Tujuan diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah. Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradap.

Senario perjalanan majlis yang kami hadiri

 Seronoknya dia jumpa kawan-kawan lama dia masa bertugas di negeri di bawah bayu...Sabah...muaaah kekawan melepaskan rindunya selepas lama tidak berjumpa.

 Aduhai adik cepatlah sikit...orang nak pigi makan nie...akak dah lapar nie weiii!!!

 check...check...check please...betulker lokasi majlis nie, jangan sampai tersilap masuk tempat majlis orang lain...bukan apa manalah tau ada banyak kenduri kahwin dalam Taman Saga..perhhh lega...betul seperti di kad undangan perkahwinan.

 wajah pengantin terpampang ceria di 'bunting'..ala-ala gaya rockers sikit ler gayanyer.

 Suasana para jemputan menikmati juadah hidangan  buffet kenduri kahwin...pelbagai menu disediakan antaranya Nasi putih, Nasi Briyani, Ayam goreng Rempah, Daging Briyani, Dalca Sayur, Gulai Nangka, Acar Rampai, Ulam-ulaman plus sambal belacan plus ikan masin, acar buah, papadom dan sirap limau.

 Inilah ole-ole kek yang bertemakan oren khas untuk para tetamu

 Sempat gak gambar kek 3 tingkat hidangan Pengantin di Meja VIP

Selepas makan kami pun terus bersalaman dengan tuan rumah dan tidak dilupa juga huluran salam berkait kepada tuan rumah,  bagi meringankan beban tuan rumah sebenarnya yelah penat lelah menyediakan makanan kepada tetamu. Kami bertolak balik dengan perut kekenyangan...alhamdulilah


Singgah di I-City

18/1/14

Selepas selesai makan malam di rumah Kak Long , lebih kurang jam 11 malam kami bercadang singgah sebentar di I-City . Walaupun sudah lama menetap di area Selangor , tapi ini adalah yang pertama kalinya pergi ke I-City , tu pun anak-anak yang teruja hendak pergi ke sana so baba pun ikut jer la, tapi dengan syarat balik rumah kena urut baba. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit sahaja dari rumah Kak Long , jalan clear tak sesak...

Fakta tentang I-City yang diambil dari Wikipedia :

I-City atau I-City Selangor (dahulunya dikenali sebagai Bandar Sumur) ialah sebuah perbandaran baru yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Lebih tepat lagi pekan baru ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan Sungai Rasau yang terletak di antara Bandar Baru Klang, Klang dan Shah Alam. Jaringan jalan raya dari/ke I-City dihubungkan ke Lebuhraya Persekutuan.
Pekan baru ini dahulunya merupakan tapak bagi pusat pameran "Pengembaraan Angkasa Lepas Bandar Sumur" (bahasa Inggeris: Sumur City Aerospace Adventure) yang berlangsung pada tahun 1995. Kini, pekan ini dipenuhi pokok-pokok tiruan yang dipasang lampu LED berwarna-warni


Boleh naik ker ? nampak slow jer gerak...macam tak ada org jer naik? 

Ahli keluarga sempat bergambar di hadapan pepohon yang berwarna warni 

Uik...sempat dia berposing....silau la mata ..byk sangat lampu..

3 dara pingitan sedang berposing , nampak ceria jer. tak ngantuk ker?... 

Apa mende diorang buat nie? penat berjalan ker? kalau penat jom la balik...kepala dah berpusing pusing macam gasing nie...aduhhh 

Miza terlalu mengantuk sehingga tertidur di pokok tirus... 

Budak budak memang seronok kalau dapat bermain-main di sini. 

 Apa yang Miza tengok tu? ada buah cerry ke kat situ???

 La...nak makan buah tu pulak...lapar sangat ker? kalau lapar jom balik..pekena teh tarik kat Maju Ahamad , lagi best...
Diorang nie kacau jer ..tak bagi can abah dan mak berdating ..huhuhu 

 Adam nak petik buah ker? lapar gak ker? mana mak dia nie? anak kelaparan nie..

Hehehe..jangan jeles...


Bertandang ke rumah Kak Long di Klang

18 Jan 2014

Di pagi Sabtu, kami bertolak dari Saujana Utama ke Kampung Kuantan, Klang Selangor dan tidak dilupa ole-ole juga dibawa bersama sebagai bekalan nak bertandang ke rumah Kak Long. hihihi yelah kan orang melayu kan penuh dengan adab sopan santun...orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa...Selain daripada itu, kami nak jenguk mak & ayah dan adik plus anak-anak buah sekali bak kata orang 'sambil menyelam minum air'. Bukan apa, waktu itu semua adik beradik sebelah pn. isteri berkumpul di rumah Kak Long.

Tetiba teringat dulu-dulu masa waktu kecik-kecik, kalau ikut mak datang bertandang kat rumah orang, mak pesan panjang berjela hingga rasa kecut nak pergi ke rumah orang...huhuhu pesanan mak:-
 #suruh duduk diam-diam, 
#tak boleh suka-suka masuk bilik orang
#jangan lari sana sini
#Tidak boleh belek-belek barang /perhiasan
#Jangan main mainan anak-anak dia orang

Perhhhh panjang berjela kan pesanan mak, kalau engkar plus degil...siaplah cubitan pasti singgah dan silap-silap kat rumah extra lagi kena marah...hihihihi...walau apa-apa pun ku tetap sayang mak. Apa yang pasti kerana didikan di zaman itu mesejnya tetap sama iaitu
 'Hormati Tetamu dan Belajar Bersopan di Hadapan Orang Lain".

Itu dulu waktu zaman kecik-kecik...kini apabila dah jadi bapa, kita  pun sama gak seperti mak kita dulu...banyak juga pesanan diberi kepada anak-anak kalau pergi ke rumah orang...berdesup-desup pesanan disampaikan kepada anak-anak masa di dalam kereta sebelum sampai di rumah orang yang nak kita bertandang...huhuhu

 Kami dijamu dengan  limau mandarin berkotak-kotak..ada yang manis dan ada yang masam...kena lah pandai pilih limau tu.. 

Telatah anak dan anak-anak buah yang teruja nak bermain basikal di rumah mak long dia.

 Check..check..check basikal ni masih ok ker ndak nie..pancit ker tak tayar basikal tu...hahaha apa lagi 'pump' tayar basikal barulah boleh ronda-ronda satu taman.

 Pose istimewa di antara anak saudara dengan mak saudara...cewaaah sapa yang paling bergaya antara kami nih...cer citer

 Adamharith yang muram aje dan tak mau turun daripada basikalnya..nak duk kat situ ajer sambil tunggu orang nak tolak bagi ronda-ronda...cepatlah ibu!!! orang nak ronda-ronda gak satu taman nie

 Inilah gaya yang paling cun tau..
pantang ade kamera trus gaya terserlah dengan cerianya. 

Adamharith nak dukung gak..kak Wanie..please please nak ronda gak!!!

Sate Kajang Hj Kasmuri versi R&R Elmina Selatan.

18 Januari 2014,

Hajat dihati nak menjamu selera keluarga yang datang dari Johor dengan Sate Kajang Hj Kasmuri. Kami pun singgah ler di Hentian R&R Elmina Selatan untuk membeli Sate Kajang. Semangat berkobar-kobar nak membeli nie tetiba pudar sedikit apabila terpandang harga yang terpampang RM0.80 secucuk...mak aiii...bila masa lak harga sate nie naik harga nie...plus gov tax  6%...mahal lah beb kalau satu cucuk sate harganya RM0.80...jom kita tengok senarai harga sate yang hendak dibeli:-

sate ayam  = RM 0.80 secucuk
sate daging = RM 0.80 secucuk
sate ikan = RM 0.80 secucuk
nasi impit  = RM3.00 per roll


 Inilah dia kedai Sate Kajang yang terletak di R&R Elmina Selatan
SB4, Kawasan Rehat & Rawat Elmina Selatan,
Lebuhraya Guthrie Selatan Corridor Expressway,
Sek U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
GPS: N 03° 10.360′ E 101° 31.145′
Tel: 012-644 1347

Inilah ole-ole Sate Kajang Hj Kasmuri yang dah siap dibungkus...
namun kuang..kuang...kuang kami kecewa lagi setelah kami membuka bungkusan untuk dihidang rupa-rupanya sate kajang telah mengecil saiznya berbanding dulu...walaupun rasa dapat dikekalkan tapi harga naik dan saiz kecil...hampehhhhh btol!!!



HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...