Satu undangan jemputan 'Walimatul Urus' daripada teman sekerja pn. isteri, Encik Jamaludin Othman di Taman Saga, Ampang bakal kami penuhi. Detik jam telah menunjukkan pukul 12 tengahari dan kami pun memulakan perjalanan ke Ampang. psssst...sebenarnya kami nie redah aje jalan menuju ke Taman Saga, Ampang tu...al maklum ler kami tak biasa jalan area Ampang nie...nak dijadikan cerita pada masa itu, kami tersesat jalan...huhuhu sedih gak pada mulanya, namun demi hendak memenuhi tuntutan jemputan tue kami gagahi juga perjalanan tersebut dengan bantuan Google Maps, yessszer!!! akhirnya alhamdulillah kami berjaya ke destinasi yang dituju Taman Saga...syukur padamu Yang Maha Esa kerana permudahkan perjalanan kami.
Bercerita tentang perkara majlis perkahwinan nie, sememangnya masyarakat melayu begitu berpegang teguh dengan adam resam yang menurut kepercayaan ianya memberi kesan dalam kehidupan sekiranya tidak diadakan...BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT katanya...emmm relevan lagi ker peribahasa ini pada tika ini.
Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Tujuan diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah. Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradap.
Senario perjalanan majlis yang kami hadiri
Seronoknya dia jumpa kawan-kawan lama dia masa bertugas di negeri di bawah bayu...Sabah...muaaah kekawan melepaskan rindunya selepas lama tidak berjumpa.
Aduhai adik cepatlah sikit...orang nak pigi makan nie...akak dah lapar nie weiii!!!
check...check...check please...betulker lokasi majlis nie, jangan sampai tersilap masuk tempat majlis orang lain...bukan apa manalah tau ada banyak kenduri kahwin dalam Taman Saga..perhhh lega...betul seperti di kad undangan perkahwinan.
wajah pengantin terpampang ceria di 'bunting'..ala-ala gaya rockers sikit ler gayanyer.
Suasana para jemputan menikmati juadah hidangan buffet kenduri kahwin...pelbagai menu disediakan antaranya Nasi putih, Nasi Briyani, Ayam goreng Rempah, Daging Briyani, Dalca Sayur, Gulai Nangka, Acar Rampai, Ulam-ulaman plus sambal belacan plus ikan masin, acar buah, papadom dan sirap limau.
Inilah ole-ole kek yang bertemakan oren khas untuk para tetamu
Sempat gak gambar kek 3 tingkat hidangan Pengantin di Meja VIP
Selepas makan kami pun terus bersalaman dengan tuan rumah dan tidak dilupa juga huluran salam berkait kepada tuan rumah, bagi meringankan beban tuan rumah sebenarnya yelah penat lelah menyediakan makanan kepada tetamu. Kami bertolak balik dengan perut kekenyangan...alhamdulilah
No comments:
Post a Comment