Majlis Merisik Khas Buat Cik Noranizan Suradi

Ikut adat melayu dulu-dulu, sebelum bertunang haruslah ada rombongan merisik terlebih dahulu. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu ataubapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walaubagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Tanggal 15 Mac 2014, keluarga kami pun menghantar rombongan merisik tapi jangan terkejut tau...hihihi kami gelarkan rombongan merisik ala-ala santai. Rombongan kami bertolak dari Kampung Merbau Sempak lebih kurang dalam jam 10.30 pagi, perjalanan kami menuju ke Banting dan mengambil masa sekitar satu jam. Alhamdulillah kami sampai di tempat yang dituju dengan  selamat. Kami disambut mesra oleh kaum keluarga sebelah pihak perempuan. 


Tapak sireh ini kami bawa sebagai adat pembuka biara juga sebagai tanda tujuan menyatakan 
hajat merisik. 

Pintu rumah dibuka luas sebagai tanda selamat datang di atas kehadiran keluarga kami.  Senyuman ikhlas berbalas mesra di antara keluarga kami dengan keluarga sebelah pihak perempuan.

  Sempoi ekk keluarga kita orang nie...sampaikan tak tinggal anak cucu dibawa bersama sekali untuk merisik anak dara khas untuk pakcik mereka..hahaha

Diperkenalkan bakal besan mak bapa kita orang nanti...mudanya
Bermulalah sesi perkenalan...merisik dah berpunya ker belum...bertanya latar belakang keluarga dll...

Kami dijamu dengan hidangan makan tengahari yang amat sedap dan menyelerakan sehingga tambah banyak kali..yelah apa tidaknya, ditemani dengan suasana rumah aman damai konsep tradisional moden.

Keluarga bergambar kenangan sebelum balik. Fasa pertama sudah selesai dan kita tunggu pula Fasa Majlis Bertunang pada hujung bulan nie...

No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...