Mood Jalan-jalan ke Pantai Lumut

Sabtu, 4 Jan 2014

Tidak dijangka perjalanan kali ini tanpa dirancang sama sekali. Pada awalnya, kami cuma ronda-ronda tanpa tujuan sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan pemandangan di laluan lebuhraya LATAR. Kereta terus dipacu menuju ke Kuala Selangor, emmm macam best ajer tengok suasana perkampungan di sepanjang jalanraya. Bermacam-macam jualan produk hasil pertanian yang boleh dibeli di sepanjang bahu jalanraya seperti ubi kayu, keladi, air nira dan mentarang. Sudah beberapa kali ternampak mentarang dijual di tepi jalan, teringin juga nak membeli namun disebabkan tidak tahu nak dimasak apa dengan mentarang tu, so kita orang pun batalkan saja niat hendak membelinya. 

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah ke destinasi Lumut, macam tak caya aje jalan-jalan sampai ke Lumut ler pulak...huhuhu jauhnya jalan-jalan kali ini. Ada mood jalan-jalan  lagi rupanya, takper ler kira Jom...cuti-cuti Malaysia di awal tahun 2014.  Destinasi kali ini adalah LUMUT. 

Kami masih terkenang-kenang keindahan dan kedamaian di Pantai Lumut, Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Pantai Lumut. Apalagi kita orang teruja kegirangan hendak meneroka keindahan Pantai Lumut. Kami pun 'posing' di tempat-tempat yang cantik di sekitar kawasan pantai tu dan 'snapshot' guna handphone Samsung Galacy Note aje...huhuhu sedihnya...kita orang terlupa nak bawa kamera sebab perjalanan kali ini tidak dirancang tetapi menjelajah sampai ke Pantai Lumut. Apa yang pasti 'memang terbaek' ler pantai nie.

biar foto-fotoku yang berbicara
betapa indahnya...
betapa damainya suasana...
betapa asyiknya bayu di sana...
betapa gemersiknya alunan ombak berbicara...
seolah-olah pasir dan batu berkata-kata...
sayup-sayup kedengaran sang pokok menyapa...
hanya kau lah sumber inspirasi nyata. 


 Macam tau-tau aje nak pergi pantai...sempat jugak lah si Hafizi bersiap dengan baju mandinya yang ada tersimpan di dalam kereta. 

Ada pondok anjung tinjau bagi pengunjung pantai yang ingin menikmati kedamaian laut sambil menghirup udara nyaman. Kalau teringin nak posing di atas batu pun ok gak, ndak bergolek bah si batu tue...

 Si Hafizi cuba membina istana pasir namun kelengkapan tak dibawa bersama...pandai-pandai aje ler guna kretiviti tersendiri..ahakssss

Jom kita belajar berenang..
step 1...try dulu teknik berenang di tepian pantai
step 2...bila dah agak-agak mahir barulah terjun ke dalam pantai...berenang kita!


 Koleksi kerang-kerangan yang boleh dijumpai di sepanjang tepian pantai.

 agak-agak kukuh tak si batu nie?..ditolak-tolak...tak juga jatuh si batu nie...apa ler mama nie batu tu kan lagi besar daripada dia...siap fikir strategik lagi...ada hati pulak nak golekkan batu tu...aduhai mama buat lawak ler pulak.

 Miza sedang melayan perasaan di tepian pantai sambil duduk di atas batu...emmm tak takut dipukul ombak ler kunon.

 Aktiviti mencari koleksi kerang-kerangan telah bermula.

bagaimana rupa i...cantik tak? pasti tergoda dan terpesona dengan keindahanku ini...itulah aku si Pantai Lumut.

Laman oh Laman ku

4 Januari 2014,

Di kesempatan di pagi hari Sabtu,  kami tidak melepaskan untuk menghirup udara pagi sambil menjenguk ruangan laman yang telah lama ditinggalkan. Bukan apa, kami dok sibuk 'Jom...cuti-cuti Malaysia' dan balik kampung tempohari. Walaupun lamanku sekangkang kera keluasannya dan dok sibuk bekerja namun dapat juga kami serikan laman tu dengan sedikit pokok bunga, pokok ulam dan pokok herba. 

Aduhai daun-daun ros kekeringan dan jatuh berguguran sebab tidak disirami air selama seminggu. Sang Belalang dan geng-geng serangga juga telah bertandang menjamu selera dilamanku. Jaga-jaga kamu semua nanti kita orang cari racun serangga tau  dok halau 'u all'.  

Tertarik dengan info majalah Impiana Laman mengenai fakta menanam pokok di halaman rumah itulah yang menarik minat kami untuk menanam sedikit pokok di depan rumah...Infonya berbunyi begini 'Selain menjadi penapis kepada pencemaran dan memenuhi keperluan estetika, kehijauan juga mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti dan mencetuskan idea dan pemikiran kreatif kepada penghuninya'.

Tengok lah rumput yang Baba tanam nie...subur tak rumput nie? Saya suka kat rumput nie boleh dipijak-pijak macam karpet kan...
Mama cakap rumput nie namanya Rumput Bermuda dan ia tahan kepada kemarau dan cuaca yang panas terik. 

Inilah pokok ulam raja yang kita orang semai dan tumbuh dengan subur di lamanku. Hafizi  dengan spontan cakap kat Baba dia 'Baba jangan lupa tau nanti makan ulam raja nie,  dah banyak nie?' 

Adik! Tengoklah pokok bunga kemboja mama tu dah dijangkiti bakteria lah pulak...
**Peningler mama tu kan***. 
So terpaksalah mama dan Hafizi mencantas semua daun yang kena bakteria dan buang jauh-jauh bagi mengawal jangkitan bakteria supaya tidak merebak ke pokok lain. 

Sempat gak tu mama baca novel "Kasih Orang Terbuang' nukilan novelis Norhisham Mustaffa selepas penat membersihkan serba sedikit pokok-pokok rosak di laman.  

Info dari UPM mengenai fakta Sisa Tanaman Suburkan Pokok
  • Sisa tumbuhan seperti dedaun kering yang luruh atau rumput yang sudah dipotong perlu direndam terlebih dulu di dalam bekas takungan yang sesuai.
  • Tetapi, anda perlu pastikan sisa ini cukup kering takut nanti jiran kurang senang dengan baunya.
  • Paling baik, pilih bekas yang mempunyai penutup bagi mengelak pembiakan jejentik. Rendaman sisa tumbuhan ini perlu dilakukan selama satu hingga dua minggu, namun ia bergantung kepada berapa banyak sisa tumbuhan dan air yang dicampur.
  • Bila mana air rendaman sisa tumbuhan sudah sedia untuk digunakan, ia akan bertukar warna kekuningan atau sedikit coklat. Jika ini berlaku, anda boleh menggunakan air ini untuk disiram pada pokok bunga di laman anda.



Sayonara Infotech UiTM Puncak Alam

01 Januari 2014;

Tepat detik 12 malam bermulalah tahun baru 2014 dan sayonara memori-memori di tahun 2013. Begitu juga, sayonara diucapkan kepada warga kerja Infotech UiTM Puncak Alam yang selama empat tahun bertungkus lumus dan berjuang bersama-sama membangunkan prasarana ICT. Banyak sangat kenangan yang sempat kita lalui, suka- duka, susah senang kita tangani bersama. Syabas ...U all memang terbaek. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini dan mohon ampun dan maaf kiranya ada silap dan salah selama 4 tahun nie...

Kak Fidah
Syidah
Deli
Shitoh
Nuraini
Yop
Azani
Khairul
Riduan
Rizuan
Arif
Norazua

dan tidak lupa juga dengan;
Rozi (berpindah ke UiTM Shah Alam)
Alif (bertukar tempat kerja)
Mai ( bekas pelajar praktikal )

UiTM Puncak Perdana!..tunggu aku datang dan berkhidmat demi anak bangsa dan negara. Apa yang pasti tahun baru di tempat baru pasti suasana kerja pun baru dan semoga semuanya positif... So, Bismillahirrohmanirrohim mohon perlindungan dan pertolongan hanya dari Allah SWT, agar dipermudahkan segala urusan kerja di tempat baru. 

Yup! Now kita 'share' kenangan indah koleksi gambar-gambar di hari terakhirku di UiTM Puncak Alam;

 Lokasi BSMB:  terletak di tingkat 3, Bangunan FF1 (bercermin gelap)

Pintu hadapan pejabat ..Perlu naik lif @ menaiki tangga untuk ke tingkat 3.

 Jangan sedih tau Nuraini ...walaupun hanya tinggal mu seorang aje yang akan menerajui unit ICT Support....huhuhu..takper Hidayat ada nanti..ada geng utk beranak ramai...murah rezeki beb..

Shidah..jgn lupa klik klik ekk my blog...kitakan sama-sama blogger. Sure rindu ngan kopok lekor pekena dengan kopi panas mu...memang terbaek!

Shitoh... Jgn Stress tau....ceria ceria selalu...

Ruangan kerja dan ruang legar bilikku, kini hanya tinggal kenangan...'banyak btol memori ku bersamamu di sini'.
Warkah pesanan buat Azarudin...mu jaga bilik nie elok elok yer.


Pantun Terima Kasih

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas bolh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Terima kasih daun keladi,
kerana sudi menolong kami,
kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.
'credit: Pantun dikarang oleh Fauzi Ramli'


SAYONARA BSMB/Infotech UiTM Puncak Alam

Sesi pendaftaran Hafizi ke SAR

31 Disember 2013,

Demi keselesaan dan memudahkan Hafizi hendak pergi ke sekolah kebangsaan di sebelah pagi dan sekolah agama di sebelah petang serta kelas mengaji, kami 'decide' daftarkan Hafizi ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA (I) Puncak Alam 2.  Kini,  di Puncak Alam 2 ada dua sekolah agama iaitu SRA  Puncak Alam 2 dan SAR Puncak Alam 2. Kami memilih SAR kerana sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah kebangsaan Puncak Alam 2 dan banyak kemudahan disediakan seperti Transit Wardatul Raudah, kelas mengaji, kelas tambahan dan kantin.  

Suasana pendaftaran pada masa itu tidaklah ramai orang yang datang untuk membuat pendaftaran memandangkan tarikh pendaftaran bermula daripada 30 Disember 2013 hingga 01 Januari 2013. Seperti tahun-tahun sebelumnya, prosedur pendaftaran dijalankan dengan teratur dan berjalan lancar, apa yang penting ikut peraturan yang ditetapkan;
  • Semak nama kelas anak ditempatkan.
  • Ambil nombor giliran di kaunter.
  • Guru bertugas akan memberi no. giliran dan 'check list' Senarai Bayaran Yuran Persekolahan Tahun 2014 ( yuran tahunan, yuran bulanan dan keperluan murid)
  • Ambil tempat duduk mengikut nombor meja yang disediakan dan buat urusan pembayaran yuran dan pembelian buku kepada guru bertugas. 
  • Dapatkan resit pembayaran.
  • Pendaftaran berjaya.    


 Jangan lupa berbaris untuk ambil nombor giliran di kaunter pendaftaran, lama jugak kami menunggu untuk dilayan. Ustazah terleka ingatkan kita orang dah dapat nombor di kaunter 1.


Kami sedang menunggu ustazah menyerahkan nombor giliran. ...Peningler... ustazah tu sekejap mcm 'confuse' ajer, ape tak nyer kaunter pendaftaran tersepit kat tengah-tengah kaunter 1 dan kaunter 2. 


Kami dapat nombor 48 di Kaunter 9.
Ustazah Siti Zaidatun yang bertugas di Kaunter 9 dan kebetulan waktu itu ramai pula di kaunter 9 jadi lama gak ler tunggu nombor giliran dipanggil. Sambil-sambil itu, kepala ligat mengira RM yang perlu dibayar kpd ustazah...uhuk...uhuk terbang lagi RM ku.


Misi Pendaftaran Selesai!!!

    Fakta:
Zaman dan berubah...
zaman dulu sekolah takder pun pendaftaran setiap tahun dan ibubapa tak perlu hadir pun masa tu
tapi kini,
setiap tahun kena daftar anak sekolah (naik darjah aje) dan ibubapa wajib hadir buat bayaran dan tandatangan surat akuan..hahaha

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...