Singgah di I-City

18/1/14

Selepas selesai makan malam di rumah Kak Long , lebih kurang jam 11 malam kami bercadang singgah sebentar di I-City . Walaupun sudah lama menetap di area Selangor , tapi ini adalah yang pertama kalinya pergi ke I-City , tu pun anak-anak yang teruja hendak pergi ke sana so baba pun ikut jer la, tapi dengan syarat balik rumah kena urut baba. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit sahaja dari rumah Kak Long , jalan clear tak sesak...

Fakta tentang I-City yang diambil dari Wikipedia :

I-City atau I-City Selangor (dahulunya dikenali sebagai Bandar Sumur) ialah sebuah perbandaran baru yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Lebih tepat lagi pekan baru ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan Sungai Rasau yang terletak di antara Bandar Baru Klang, Klang dan Shah Alam. Jaringan jalan raya dari/ke I-City dihubungkan ke Lebuhraya Persekutuan.
Pekan baru ini dahulunya merupakan tapak bagi pusat pameran "Pengembaraan Angkasa Lepas Bandar Sumur" (bahasa Inggeris: Sumur City Aerospace Adventure) yang berlangsung pada tahun 1995. Kini, pekan ini dipenuhi pokok-pokok tiruan yang dipasang lampu LED berwarna-warni


Boleh naik ker ? nampak slow jer gerak...macam tak ada org jer naik? 

Ahli keluarga sempat bergambar di hadapan pepohon yang berwarna warni 

Uik...sempat dia berposing....silau la mata ..byk sangat lampu..

3 dara pingitan sedang berposing , nampak ceria jer. tak ngantuk ker?... 

Apa mende diorang buat nie? penat berjalan ker? kalau penat jom la balik...kepala dah berpusing pusing macam gasing nie...aduhhh 

Miza terlalu mengantuk sehingga tertidur di pokok tirus... 

Budak budak memang seronok kalau dapat bermain-main di sini. 

 Apa yang Miza tengok tu? ada buah cerry ke kat situ???

 La...nak makan buah tu pulak...lapar sangat ker? kalau lapar jom balik..pekena teh tarik kat Maju Ahamad , lagi best...
Diorang nie kacau jer ..tak bagi can abah dan mak berdating ..huhuhu 

 Adam nak petik buah ker? lapar gak ker? mana mak dia nie? anak kelaparan nie..

Hehehe..jangan jeles...


Bertandang ke rumah Kak Long di Klang

18 Jan 2014

Di pagi Sabtu, kami bertolak dari Saujana Utama ke Kampung Kuantan, Klang Selangor dan tidak dilupa ole-ole juga dibawa bersama sebagai bekalan nak bertandang ke rumah Kak Long. hihihi yelah kan orang melayu kan penuh dengan adab sopan santun...orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa...Selain daripada itu, kami nak jenguk mak & ayah dan adik plus anak-anak buah sekali bak kata orang 'sambil menyelam minum air'. Bukan apa, waktu itu semua adik beradik sebelah pn. isteri berkumpul di rumah Kak Long.

Tetiba teringat dulu-dulu masa waktu kecik-kecik, kalau ikut mak datang bertandang kat rumah orang, mak pesan panjang berjela hingga rasa kecut nak pergi ke rumah orang...huhuhu pesanan mak:-
 #suruh duduk diam-diam, 
#tak boleh suka-suka masuk bilik orang
#jangan lari sana sini
#Tidak boleh belek-belek barang /perhiasan
#Jangan main mainan anak-anak dia orang

Perhhhh panjang berjela kan pesanan mak, kalau engkar plus degil...siaplah cubitan pasti singgah dan silap-silap kat rumah extra lagi kena marah...hihihihi...walau apa-apa pun ku tetap sayang mak. Apa yang pasti kerana didikan di zaman itu mesejnya tetap sama iaitu
 'Hormati Tetamu dan Belajar Bersopan di Hadapan Orang Lain".

Itu dulu waktu zaman kecik-kecik...kini apabila dah jadi bapa, kita  pun sama gak seperti mak kita dulu...banyak juga pesanan diberi kepada anak-anak kalau pergi ke rumah orang...berdesup-desup pesanan disampaikan kepada anak-anak masa di dalam kereta sebelum sampai di rumah orang yang nak kita bertandang...huhuhu

 Kami dijamu dengan  limau mandarin berkotak-kotak..ada yang manis dan ada yang masam...kena lah pandai pilih limau tu.. 

Telatah anak dan anak-anak buah yang teruja nak bermain basikal di rumah mak long dia.

 Check..check..check basikal ni masih ok ker ndak nie..pancit ker tak tayar basikal tu...hahaha apa lagi 'pump' tayar basikal barulah boleh ronda-ronda satu taman.

 Pose istimewa di antara anak saudara dengan mak saudara...cewaaah sapa yang paling bergaya antara kami nih...cer citer

 Adamharith yang muram aje dan tak mau turun daripada basikalnya..nak duk kat situ ajer sambil tunggu orang nak tolak bagi ronda-ronda...cepatlah ibu!!! orang nak ronda-ronda gak satu taman nie

 Inilah gaya yang paling cun tau..
pantang ade kamera trus gaya terserlah dengan cerianya. 

Adamharith nak dukung gak..kak Wanie..please please nak ronda gak!!!

Sate Kajang Hj Kasmuri versi R&R Elmina Selatan.

18 Januari 2014,

Hajat dihati nak menjamu selera keluarga yang datang dari Johor dengan Sate Kajang Hj Kasmuri. Kami pun singgah ler di Hentian R&R Elmina Selatan untuk membeli Sate Kajang. Semangat berkobar-kobar nak membeli nie tetiba pudar sedikit apabila terpandang harga yang terpampang RM0.80 secucuk...mak aiii...bila masa lak harga sate nie naik harga nie...plus gov tax  6%...mahal lah beb kalau satu cucuk sate harganya RM0.80...jom kita tengok senarai harga sate yang hendak dibeli:-

sate ayam  = RM 0.80 secucuk
sate daging = RM 0.80 secucuk
sate ikan = RM 0.80 secucuk
nasi impit  = RM3.00 per roll


 Inilah dia kedai Sate Kajang yang terletak di R&R Elmina Selatan
SB4, Kawasan Rehat & Rawat Elmina Selatan,
Lebuhraya Guthrie Selatan Corridor Expressway,
Sek U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
GPS: N 03° 10.360′ E 101° 31.145′
Tel: 012-644 1347

Inilah ole-ole Sate Kajang Hj Kasmuri yang dah siap dibungkus...
namun kuang..kuang...kuang kami kecewa lagi setelah kami membuka bungkusan untuk dihidang rupa-rupanya sate kajang telah mengecil saiznya berbanding dulu...walaupun rasa dapat dikekalkan tapi harga naik dan saiz kecil...hampehhhhh btol!!!



Ngeteh time..

11 Januari 2014

Jom Ngeteh...
Kebiasannya orang di Muar, Johor gunakan perkataan 'ngeteh' kalau nak pi minum di waktu petang kat warung-warung tepi jalan area kampung sambil borak-borak dengan geng tentang masalah sekampung and negara. ewaaah pandai politik gak orang kampung ekkk. 

Destinasi Jom ngeteh...petang nie adalah di Kedai Maju Ahmad...isteri cakap perhhhh!...sedap gitu teh tarik mamak kat situ...sampaikan jadi tempat wajib bertandang untuk temankannya pi ngeteh.

Anda suka minum teh tarik? Aku ndakler...tapi demi pn. isteri jadi wajib ler pulak pi 'dating' dengannya ke kedai mamak carik teh tarik...macam ketagih ler pulak pn. isteri dengan teh tarik mamak tu...katanya kalau tak dapat minum teh tarik sehari macam hidup tiada makna...bunyi macam pelik tapi itulah kenyataan hidupnya...lagi fakta katanya minum teh tarik tu boleh menguruskan badan...hahaha menipu ler tu...

Terus dia bagi tip dari Kevin Zahri atau dikenali cikgu 'Fitness':-
     Tip: Minum separuh gelas untuk kurangkan 4.75kg setahun!

Betul ke? Kalau anda faham konsep kalori, memang mudah. Katakanlah anda biasa minum 2x gelas sehari atau 200 kalori. Now untuk kurangkan berat 4.75kg setahun, anda hanya boleh minum separuh gelas tapi tetap 2x sehari. Macamana? Senang je – 50 x 2 x 7700 kalori bersamaan dengan 36,500 kalori atau 4.75kg!

 Berapa kalori dalam secawan? Dalam 100 kalori kot, bergantung kepada cara penyediaan. Tapi kalau dibanding dengan nasi lemak (400-500 kalori), roti canai (300 kalori) ataupun tin coka cola (150 kalori), secawan teh tarik is not the end of the world.

foto-fotoku berbicara tentang waktu-waktu yang terluang di Kedai Maju Ahmad

Miza menunggu ketibaan 'macha' untuk ambik order...emm macam-macam ler tu yang difikirkan untuk di 'order' tu..lapar katanya!

 'Adik kicik mau order apa?...nie macha baru so tak berapa kenal kita orang...kita orang pun tergeliat lidah terangkan order kami...uhukkkkk susah btol cakap ngan 'macha' nie...

 Inilah rupa Restoran Maju Ahmad...siap ader wifi lagi geng..
 hihihi teh tarik mamak sampai suda!..ngetehhhhhhhhhhhh 

 Roti canai satu...RM1.00 siap kuah susu lagi untuk dicecah...berbaloi untuk di ngappp...
~jemput makan semua~

 Sedapnya...

 Hafizi pun menyibukkan diri dia untuk merasa sikit...
'kakak...nak sikitle macam sedap ajer tur...'

 'macha' nie sibuk siapkan order Roti Nan Chese...macam-macam Roti Nan dia pandai bikin.
Ayam Tandoori  pun macha nie pandai bikin gak.

 Perhhhhhh terangkat beb..macam sedap ajer pn. isteri minum teh tarik mamak nie..

Tauke kedai senyum ajer...dapat banyak masyukkkk RM

Raket Yonex Carbonex 21SP ku..

11 Jan 2014

Rata-rata orang berkata tiada guna mempunyai raket mahal jikalau tiada teknik/skil bermain badminton. Namun bagi diriku raket pula ibarat nyawa bagi setiap pemain badminton dan dunia aksi badminton tiada makna jika tali raket tetiba putus. Frust giler plus pening kepala, terus tiada mood nak bermain badminton. Itu lah yang terjadi kepadaku semalam di Dewan Badminton Alam Jaya, Puncak Alam.

Tali raketku putus di kala aku sedang rancak smash bulutangkis  ke arah musuhku. Terlalu kuat kot smash tue adalah agak-agak melebihi 300km sejam...hahahaha...terkilan, geram bercampur blurr Dengan ini, aku isytiharkan koleksi raketku yang telah terputus talinya berjumlah tiga (3) batang raket. 

Tak boleh dibiarkan berlarutan nie, mau atau tidak kena cari jugak kedai untuk pasang tali raket  tu. Kereta dipacu menuju Alam Jaya di Puncak Alam. Nasib baik ketika aku sampai di sana kedai Najman Sport masih lagi dibuka so dapatlah raket-raketku dipasang talinya.

Sampai aje di kedai aku nyatakan jenis tali raket dan berapakah ketegangan yang dikehendaki. Pembantu kedai memahami kehendakku dan segeraku tinggalkan raket-raketku untuk diikat talinya. Kebiasaannya tali raket diikat bermula dengan ketegangan (string tension) dari 18 lbs - 30 lbs atau mungkin lebih, bergantung pada kekuatan tangan dan kesesuaian dengan diri anda.

 Antara ciri-ciri tali iaitu :-
Soft Feeling
Medium Feeling
Hard Feeling

Inilah dia ketiga-tiga raket Yonex Carbonex 21SP yang telah dibuang talinya untuk dihantar ke kedai...harus dijaga dengan baik. Emmm mahal tau harga raket sekarang nie...mau harganya mencecah RM400 sebatang.

 Antara bulu tangkis yang ada dijual di kedai. Aku lebih menyukai jenis RSL Gold dan Silver kerana ianya tahan lasak dan harganya juga amat berpatutan.   Kalau nak beli jenama Yonex tak mampu la...RM beb

 Aduhai sempat gak puan isteri dan Hafizi  'window shopping'...macam tau-tau aje yang si abang berkenan dengan bulutangkis RSL Gold tu, nak belikan ker tu!

 Lihatlah raket-raket yang tergantung nie dan tengoklah harga RM tue...mahal kan? Apa-apa pun aku tetap dengan pilihan dari dulu hingga kini iaitu jenama YONEX. Bukan nak promosi tapi  sudah terbiasa dan selesa... 

Inilah kedai kelengkapan peralatan sukan yang ada di Alam Jaya, Puncak Alam. 
Harganya mahal sedikit jika nak dibandingkan di kedai peralatan sukan di  Pertama Kompleks KL tue namun disebabkan lokasinya berdekatan dengan rumah...singgah jer la.

Menara Condong Teluk Intan..

5 Jan 2014

Tengahari selepas pulang dari Lumut , anak anak sibuk pula hendak melihat menara condong Teluk Intan , so kami singgah sebentar di bandar tersebut. Memang agak condong jugak la , risau juga dan berharap jangan jadi macam Highland Tower udah la. rugi la nanti . Harap pihak berwajib dapat memelihara bangunan tersebut dengan lebih sempurna .

Fakta mengenai menara condong ini :

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali

Sumber Wikipedia



Sempat juga Hafizi bergambar kenangan di depan Menara Condong Pisa nie..opss Teluk Intan nie.

Mood Jalan-jalan ke Pantai Lumut

Sabtu, 4 Jan 2014

Tidak dijangka perjalanan kali ini tanpa dirancang sama sekali. Pada awalnya, kami cuma ronda-ronda tanpa tujuan sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan pemandangan di laluan lebuhraya LATAR. Kereta terus dipacu menuju ke Kuala Selangor, emmm macam best ajer tengok suasana perkampungan di sepanjang jalanraya. Bermacam-macam jualan produk hasil pertanian yang boleh dibeli di sepanjang bahu jalanraya seperti ubi kayu, keladi, air nira dan mentarang. Sudah beberapa kali ternampak mentarang dijual di tepi jalan, teringin juga nak membeli namun disebabkan tidak tahu nak dimasak apa dengan mentarang tu, so kita orang pun batalkan saja niat hendak membelinya. 

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah ke destinasi Lumut, macam tak caya aje jalan-jalan sampai ke Lumut ler pulak...huhuhu jauhnya jalan-jalan kali ini. Ada mood jalan-jalan  lagi rupanya, takper ler kira Jom...cuti-cuti Malaysia di awal tahun 2014.  Destinasi kali ini adalah LUMUT. 

Kami masih terkenang-kenang keindahan dan kedamaian di Pantai Lumut, Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Pantai Lumut. Apalagi kita orang teruja kegirangan hendak meneroka keindahan Pantai Lumut. Kami pun 'posing' di tempat-tempat yang cantik di sekitar kawasan pantai tu dan 'snapshot' guna handphone Samsung Galacy Note aje...huhuhu sedihnya...kita orang terlupa nak bawa kamera sebab perjalanan kali ini tidak dirancang tetapi menjelajah sampai ke Pantai Lumut. Apa yang pasti 'memang terbaek' ler pantai nie.

biar foto-fotoku yang berbicara
betapa indahnya...
betapa damainya suasana...
betapa asyiknya bayu di sana...
betapa gemersiknya alunan ombak berbicara...
seolah-olah pasir dan batu berkata-kata...
sayup-sayup kedengaran sang pokok menyapa...
hanya kau lah sumber inspirasi nyata. 


 Macam tau-tau aje nak pergi pantai...sempat jugak lah si Hafizi bersiap dengan baju mandinya yang ada tersimpan di dalam kereta. 

Ada pondok anjung tinjau bagi pengunjung pantai yang ingin menikmati kedamaian laut sambil menghirup udara nyaman. Kalau teringin nak posing di atas batu pun ok gak, ndak bergolek bah si batu tue...

 Si Hafizi cuba membina istana pasir namun kelengkapan tak dibawa bersama...pandai-pandai aje ler guna kretiviti tersendiri..ahakssss

Jom kita belajar berenang..
step 1...try dulu teknik berenang di tepian pantai
step 2...bila dah agak-agak mahir barulah terjun ke dalam pantai...berenang kita!


 Koleksi kerang-kerangan yang boleh dijumpai di sepanjang tepian pantai.

 agak-agak kukuh tak si batu nie?..ditolak-tolak...tak juga jatuh si batu nie...apa ler mama nie batu tu kan lagi besar daripada dia...siap fikir strategik lagi...ada hati pulak nak golekkan batu tu...aduhai mama buat lawak ler pulak.

 Miza sedang melayan perasaan di tepian pantai sambil duduk di atas batu...emmm tak takut dipukul ombak ler kunon.

 Aktiviti mencari koleksi kerang-kerangan telah bermula.

bagaimana rupa i...cantik tak? pasti tergoda dan terpesona dengan keindahanku ini...itulah aku si Pantai Lumut.

Laman oh Laman ku

4 Januari 2014,

Di kesempatan di pagi hari Sabtu,  kami tidak melepaskan untuk menghirup udara pagi sambil menjenguk ruangan laman yang telah lama ditinggalkan. Bukan apa, kami dok sibuk 'Jom...cuti-cuti Malaysia' dan balik kampung tempohari. Walaupun lamanku sekangkang kera keluasannya dan dok sibuk bekerja namun dapat juga kami serikan laman tu dengan sedikit pokok bunga, pokok ulam dan pokok herba. 

Aduhai daun-daun ros kekeringan dan jatuh berguguran sebab tidak disirami air selama seminggu. Sang Belalang dan geng-geng serangga juga telah bertandang menjamu selera dilamanku. Jaga-jaga kamu semua nanti kita orang cari racun serangga tau  dok halau 'u all'.  

Tertarik dengan info majalah Impiana Laman mengenai fakta menanam pokok di halaman rumah itulah yang menarik minat kami untuk menanam sedikit pokok di depan rumah...Infonya berbunyi begini 'Selain menjadi penapis kepada pencemaran dan memenuhi keperluan estetika, kehijauan juga mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan produktiviti dan mencetuskan idea dan pemikiran kreatif kepada penghuninya'.

Tengok lah rumput yang Baba tanam nie...subur tak rumput nie? Saya suka kat rumput nie boleh dipijak-pijak macam karpet kan...
Mama cakap rumput nie namanya Rumput Bermuda dan ia tahan kepada kemarau dan cuaca yang panas terik. 

Inilah pokok ulam raja yang kita orang semai dan tumbuh dengan subur di lamanku. Hafizi  dengan spontan cakap kat Baba dia 'Baba jangan lupa tau nanti makan ulam raja nie,  dah banyak nie?' 

Adik! Tengoklah pokok bunga kemboja mama tu dah dijangkiti bakteria lah pulak...
**Peningler mama tu kan***. 
So terpaksalah mama dan Hafizi mencantas semua daun yang kena bakteria dan buang jauh-jauh bagi mengawal jangkitan bakteria supaya tidak merebak ke pokok lain. 

Sempat gak tu mama baca novel "Kasih Orang Terbuang' nukilan novelis Norhisham Mustaffa selepas penat membersihkan serba sedikit pokok-pokok rosak di laman.  

Info dari UPM mengenai fakta Sisa Tanaman Suburkan Pokok
  • Sisa tumbuhan seperti dedaun kering yang luruh atau rumput yang sudah dipotong perlu direndam terlebih dulu di dalam bekas takungan yang sesuai.
  • Tetapi, anda perlu pastikan sisa ini cukup kering takut nanti jiran kurang senang dengan baunya.
  • Paling baik, pilih bekas yang mempunyai penutup bagi mengelak pembiakan jejentik. Rendaman sisa tumbuhan ini perlu dilakukan selama satu hingga dua minggu, namun ia bergantung kepada berapa banyak sisa tumbuhan dan air yang dicampur.
  • Bila mana air rendaman sisa tumbuhan sudah sedia untuk digunakan, ia akan bertukar warna kekuningan atau sedikit coklat. Jika ini berlaku, anda boleh menggunakan air ini untuk disiram pada pokok bunga di laman anda.



HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...