Raya D Puncak

15 Ogos 2014 ( 19 Syawal ) , Sambutan hari raya untuk UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana telah diadakan di Dewan Serbaguna , UiTM Puncak Alam . Sambutan bermula dengan taklimat Sayangi UiTM oleh PNC UiTM Puncak Alam. Jamuan Raya bermula pada jam 11 30 pagi apabila taklimat tersebut tamat.

Taklimat Sayangi UiTM oleh Penolong Naib Cancelor Kampus UiTM KPA dan KPP

 Tuan John dan Tuan Syawal nampak semangat mendengar taklimat Sayangi UiTM.

Hidangan hari raya dari staf Pejabat Asasi

 Dia nie kalau ambik gambar sure comel punya...staf dari Pejabat PNC

 Hidangan Laksa dari staf Pejabat Infotech

 Staf dari Pejabat HEP  , bila nak open nasi tomato tu, dah lapar ni...

Hidangan lemang dan rendang .. sedap dan lazat dari Pejabat PTAR

 Anak sapa la ni? ... ceria bersama satay yang di sediakan oleh Pejabat Fasiliti

 Salah seorang dari staf Pejabat Fasiliti yang kelaparan..hehehe...

Majlis tamat pada jam 12 45 tghari ...semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan


Raya ke 17 di rumah Husna

13 Ogos 2014 ( 17 Syawal ) , Kami mendapat undangan berhari raya lagi pada malam ini . Undangan datangnya dari Puan Husna , rakan se FELO kami. Majlis bermula jam 9 malam . Malam ini kami dihidangkan dengan Pasta , Salad , Roti dan Kek. Ini adalah makanan kesukaan si Miza .
 Nie dia pasangan romantik di Kolej Jasmine ...Aiman dan Ain

 Wah meriahnya mak mak orang ni bergambar bersama tuan rumah ( di sebelah kanan sekali )

 Suami kepada Nurul , Fauzi dan anaknya dan Kamil juga hadir dalam majlis tersebut.

 Husna sibuk membuat pasta lagi untuk tetamu yang hadir...mmg lazat pasta tu..sampai Miza pun nak minta bawa balik..katanya nak bawak ke sekolah esoknya. Mak dia pun sibuk mengacau si Husna tengah masak..hehehe

Dah..dah..jom balik...

Raya ke 16 di rumah Aiman

12 Ogos 2014 ( 16 Syawal ) . Kami mendapat undangan berhari raya di rumah Aiman ( jiran PPP Kolej Jasmine ) . Kami tiba tepat jam 9 30 malam , tak jauh pun rumah dia....sebelah blok jer..dalam kampus. hehehe.kalau jerit pun boleh dengar dah.. . Mula datang ingat dia jemput 'geng' FELO jer..rupanya geng 'FSK' pun dia jemput sekali...memang meriah la...

Staf FSK ( Fakulti Sains Kesihatan ) pun di jemput juga...Hasrul kontrol macho di situ dengan fesyen rambut raya terkini...

 Dah tertidur baby kepenatan...gebu nyer...geramm..rasa nak gomol jer....Mak dia pun nampaknya kepenatan tu...

 Antara tetamu yang hadir......

Dah..dah..jom balik...hehehe..

Raya ke 16 di Pej PNC UiTM Puncak Perdana

12 Ogos 2014 ( 16 Syawal ) , Pejabat PNC UiTM Kampus Puncak Perdana telah menganjurkan 1 majlis tahlil dan jamuan raya bagi mengeratkan tali silaturahim sesama staf kampus.

Menu 'PotLuk':
1. Air Panas
2. Air Koktail
3. Rendang Ayam Pencen minang style
4. Nasi Lemak
5. Lontong
6. Laksa Penang
7. Rendang Paru
8. Cream Puff ( pukul 4 ptg baru sampai hahaha )
9. Kueh Lopis
10. Buah-buahan
11. Kuih-muih
12. Bihun Goreng
13. Teh O


Antara makanan yang akan di 'ngap' sebentar lagi..


Majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil oleh Ustaz Sharulnizam dan akhirnya doa makan telah di baca oleh 'Pak Lebai' Sham.
 Ni bunga-bunga Pej PNC , orang sibuk nak bertahlil ..diorang sibuk pulak dengan gajetnya..

 Ustaz Azlan , Ustaz Sharulnizam dan 'Lebai' Sham bersedia hendak memulakan majlis tahlil

 Beberapa orang 'kenamaan' juga hadir bagi memeriahkan majlis ini

 Makan time !!....Ustaz Ismail laju jer...lapar sangat nampaknya tu..hehehe

 Nie pun kelaparan gak tu..makan tak ajak orang....ingat orang puasa ker?

 Malu-malu lak...padahal dah berpinggan-pinggan makan tu ..hehehehe

 Amat lazat laksa ni....kata Wak Misra..

Seronok dapat berkumpul macam ni , semoga tahun depan dapat berjumpa lagi...

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...