Hari Ahad ni , bermula lah percutian ke Pulau Langkawi ... nie baru first time pi Langkawi ni. teruja sangat la hahaha, bajet pun ciput jer tapi nasib baik lah pejabat isteri sponsor penginapan , perjalanan , makan minum dan jalan jalan sekitar pulau . Anak anak pun tak sabar dah nak pergi ke sana , sampai termimpi mimpi naik feri Langkawi tu. Apa apa pun semoga perjalanan pergi dan balik semuanya dalam keadaan yang selamat dan sejahtera ..aminn....
Sekarang nie hanya boleh letak gambar map langkawi jer la , apa apa akan update kemudian..hehehe ...Langkawi...kami datang !!!!
Jom makan rambutan dan pulasan
Tiba tiba tekak teringin pula nak makan pulasan dan rambutan, terbayang-bayang keenakan rambutan dan kemanisan si pulasan ini. Emmm apa lagi destinasi seterusnya kami menuju ke Kampung Merbau Sempak. Sure ramai yang tak jumpa lagi buah pulasan ni, so untuk pengetahuan umum :
Buah Pulasan atau nama saintifiknya Nephelium mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan, tetapi biji pulasan lebih keras dan isinya agak kering serta kasar berbanding buah rambutan.
Kami anak beranak tanpa berlengah masa terus memetik buah pulasan. Anak-anak tak pandai nak buka buah pulasan so baba dialah yang lengoh dan sakit jari dok pulas buah pulasan. Segar beb buah pulasan ni, yelah petik terus dari ladang dan bukannya beli tepi jalan.. hahaha jangan jeles tau.
Sudah puas makan buah pulasan now beralih pula nak rasa buah rambutan. Anak-anak tak sabar nak mengait buah rambutan guna galah, terhoyong hayang mereka cuba sedaya upaya dan akhirnya berjaya juga. Syukur banyak juga hasilnya buah rambutan yang dikumpul untuk dimakan kami anak beranak. Alhamdulillah satu pengalaman baru telah ditimba oleh anak-anak.
Tak cukup dengan belajar mengait buah rambutan menggunakan galah, nak juga dia panjat pokok rambutan...iskkkk gayat jugalah tengok si Hafizi panjat pokok rambutan tu.

Bahagia aku dapat makan buah rambutan...
Alangkah bahagianya kalau ada gazebo kat tepi rumah kat kampung ni, duduk kat atas rumput pun tak apa lah janji damai dan keasyikan makan buah rambutan tu tak tergugat. Anak-anak sibuk ambil buah rambutan tu hasilnya mak dia dok sedap aje makan.
Majlis Kenduri Kesyukuran Dr Ena dan Besday Jeha/Aliya
Majlis Kenduri Kesyukuran Dr Ena dan Besday Jeha/Aliya telah diadakan pada hari ahad 15/12/2013 bertempat di rumahnya dalam area Balakong ( tak tahu taman apa namanya ). Nak pergi rumahnya satu hal..punya la jauh..belok sana belok sini...nasib baik sampai gak......kira dah lambat la sampai dalam jam satu lebih..datang utk makan jer kekekeke...Kambing panggang pun dah tinggal tulang jer..
Happy besday Jeha/Aliya ( anak buah yang aktif giler )..
Pusat Operasi memanggang kambing...dah licin...hahaha..sapa suruh datang lambat..nasib baik aku tak suka makan kambing...kalau tak sure "ngences"
Nie Tuan rumah..Lul....bapa Jeha dan Aliya..mahu mintak kambing lebih ka tu?
Besday girl..Jeha,,,pandai budak nie posing bila depan kamera..
Aktiviti bermain belon sedang dimainkan..heheheh
Ustazah Asrina dan Jeha...
Kekenyangan..
Seorang Datuk melayan cucunya bermain belon..hehehehe
Anak Asrina nie...meh cium sekali....
Tolongggg..jangan cium aku...
Dalam jam 4 45 petang kami pun balik la...nak balik cepat sikit sebab nak tgk bola Sukan SEA ..Malaysia lawan Singapore...nasib baik keputusan seri 1-1...Rozaimi score last minit..legaa....
Nasi Lemak Kaw....
Malam ni kitaorg rasa nak makan nasi lemak la pulak....Mengidam lak rasa nak makan...tambah lagi dengan ikan bilis mata biru Pangkor....lazat bebenor...
Chef Hafizi sedang memasak sambal dengan gayanya tersendiri....cayalaa...sambal tak hangus...
Inilah hasilnya yang akan kitaorg ngap sekejap lagi...Chef Hafizi yang paling tak sabar nak ngap...lapar bebenor dia tu. Makan tak ingat dunia betul....

Subscribe to:
Posts (Atom)
HP Bowling Tournament 2017
Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...
-
Tarikh : 13/7/2016 Kami bertolak ke KLIA 2 pada jam 9:30 pagi , perjalanan yang selesa kerana tiada kesesakan lalulintas di ELITE Highw...
-
Bangun seawal 4 pagi untuk sembahyang Subuh dan kemudian pn Isteri buat sarapan dan bekalan untuk makan tengahari. Hari ni buat sandwic...