Bulan ni nampaknya harga minyak melambung lagi. Kenaikan 20sen memang amat dirasai ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara yang paling mudah untuk mengira jumlah kenaikan harga minyak RON 95 pada setiap bulan adalah dengan cara pengiraan matematik yang berpandukan pada carta purata minyak MOGAS 95 Singapore dan juga kedudukan RM berbanding Dollar pada harga semasa.
Bagi pengiraan bulan Jan 17 , kita kena refer purata harga minyak pada bulan 12. Titik-titik tu menandakan harga minyak RON 95 didagangkan. Bagi bulan Dec 16 , purata harga minyak didagangkan sekitar 65 Dolar setong. Pada masa tu , harga ringgit jika dibandingkan dengan dollar USD adalah bersamaan 4.47 RM berbanding 1 USD . Jadi harga purata setong minyak adalah dalam RM 291.85 setong. Anggaran setong bersamaan dengan 159 liter , maka RM290.55 / 159 = RM 1.82 seliter .
Kos- kos lain yang terpaksa juga kita tanggung adalah :
1. Alpha Primium : 5sen
2. Kos Operasi : 10sen
3. Oil Company Margin : 12sen
Jadi kos ini sahaja kita terpaksa bayar 32sen tak kira berapa harga minyak dipasaran,
Anggaran jumlah keseluruhan harga minyak pada bulan Januari 2017 adalah RM 1.82 + 32sen = RM2.14
Kita boleh juga mengira anggaran harga minyak pada bulan Feb iaitu :
Harga purata minyak RON 95 yang didagangkan sekitar 69.7 dollar setong dengan purata harga ringgit jika dibandingkan dengan Dollar adalah bersamaan 4.46 RM berbanding 1 USD. Jadi purata setong minyak adalah RM 310.86. harga seliter pula 310.86 / 159 = RM 1.95.
No comments:
Post a Comment