Belajar 'snap' dengan kamera DSLR

19 Oktober 2014 jam 6 petang.

Projek petang ni adalah bagi mengajar my wife tentang selok-belok penggunaan kamera Sony DSLR. Memandangkan my wife akan ke Perth untuk urusan kerjanya maka eloklah dia belajar sedikit sebanyak penggunaan kamera ini bagi memantapkan lagi dirinya dalam proses 'snap' gambar di sana nanti. Yang paling penting baginya adalah pengetahuan tentang ISO , mengawal shutter dan juga aperture.

Di sini diterangkan serba sedikit tentang 3 setting utama DSLR tersebut:

1. ISO - ISO or ASA adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.


ISO diwakili dengan nombor seperti ISO80, ISO 100, ISO 200 dan seterusnya. Tambahkan ISO jika anda menggunakan aperture kecil dan shutter speed yang lebih pantas. Ini kerana ISO akan membantu mencerahkan imej yang kita rakam. Lebih tinggi ISO yang kita gunakan, gambar akan menjadi lebih cerah dan kurang kualitinya untuk cetakan bersaiz besar

:)
Untuk film atau ‘point and shoot’ camera, biasanya tersedia dengan ISO 50 atau 100 paling rendah. ISO yang lebih pantas adalah seperti ISO 800 atau 1600 atau 12,000. Digital SLR adalah lebih sensitif kepada cahaya daripada kamera filem atau kamera digital yang berlensa tetap (fixed-lens).
Penggunaan ISO yang rendah adalah untuk mengurangkan ‘noise’ atau ‘grain’. Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih ‘grain’ berbanding dengan ISO rendah


2. Shutter Speed - Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR


Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon)


3. Aperture - Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila anda mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.


Berapa banyak cahaya yang masuk ke dalam lubang shutter akan mempengaruhi samada gambar yang diambil akan mendapat ‘exposure’ yang betul atau tidak (dengan mengabaikan faktor shutter speed dan ISO terlebih dulu). Terlalu banyak cahaya yang masuk boleh mengakibatkan gambar menjadi ‘overexposed’, manakala terlalu kurang boleh menyebabkan ia menjadi ‘underexposed’ pula. 

Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin besar.



 Inilah hasil yang diperolehi dari pengajaran petang ini, kira boleh lah yer. Kesian si Miza tak pasal-pasal jadi model pulak petang tu.

Majlis Perpisahan Staf UiTM Puncak Perdana

16 Oktober 2014

Majlis perpisahan staf UiTM Kampus Puncak Perdana iaitu :

1. Ustaz Shahrulnizam - ke UiTM Shah Alam ( kenaikan pangkat ke Pegawai Ehwal Agama Islam)
2. En Suzami - ke UiTM Kuala Pilah ( kenaikan pangkat ke Pen Pengurus Asrama)
3. Pn Zalina - ke UiTM Puncak Alam ( pertukaran biasa )

 Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis

 Bacaan doa dari Ustaz Ismail Yeop

 Ucapan penghargaan dari wakil kampus UiTM KPP iaitu Dr Erni

 Sepatah 2 kata dari Ustaz Shahrulnizam , nampaknya kampus ni telah kehilangan seorang imam yang berkaliber

 En Suzaimi menyampaikan ucapan perpisahan dengan penuh yakin dan semangat


 Pemberian cenderahati kepada Ustaz dan En Suzaimi , semoga bertambah mantap dan efesyen lagi bekerja di tempat baru

 Cik Siti Nurhasliza mewakili Pn Zalina yang tidak hadir dalam majlis ini bagi penerimaan cenderahati

Antara rakan staf yang hadir bagi memberi sokongan kepada rakan yang akan berpindah

Jimmy si kucing Aan

7 Oktober 2014 ,  Kucing terbiar ini dijumpai oleh Aan ( anak Kak Long Klang ) semasa belajar di UiTM , mungkin kesian dengan kucing tersebut yang comot dan kelaparan maka Aan mengambil keputusan 'jitu' untuk menjaga kucing tersebut. Pada mulanya Aan ingat kucing itu adalah kucing betina tapi apabila diteliti oleh 'pakar' kucing ( acik dia la ) rupanya ia seekor kucing jantan , jadi namanya telah ditukar ke nama yang lebih 'owsem' iaitu JIMMY.



Aktiviti menanam pokok buluh madu di kampung

7 Oktober 2014 , Projek kali ni adalah menanam anak pokok buluh madu di kampung Parit Bengkok , Gersik.  Anak pokok ini telah di bawa oleh Abe Khairul dari Kuala Lumpur.

Kelebihan buluh madu adalah :

1. Tiada miang pada buluh
2. Kawasan persekitaran adalah bersih
3. Rebung boleh dimakan terus tanpa direbus
4. Batangnya boleh dibuat lemang
5. Batangnya juga boleh dibuat kraftangan dan rakit

Penanaman pokok buluh madu:

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.

 Abe Khairul dan Amin nampaknya begitu bersemangat untuk menanam pokok buluh madu

 Lokasi : Kebun Getah , tanahnya yang subur memang sesuai utk penanaman apa jua tanaman


Akhirnya pokok tersebut berjaya ditanam

Majlis Hari Jadi Onie..

15 Sept 2014 ,  Majlis harijadi Onie  , anak perempuan kepada Ustaz Azlan ( Ketua Unit ACIS ) UiTM Kampus Puncak Perdana telah diadakan di rumahnya beralamat 5D02 Blok 5 , Kolej Jasmine pada 15 sept 2014 jam 11 pagi - 4 petang.
Onie sedang meniup lilin kek harijadi

 Miza dan Hafizi juga hadir bagi memeriahkan suasana majlis harijadi. Onie tu asyik pandang kat Hafizi jer tu..nampak 'ohsem' ker?
 Tukang bancuh air ker diorang ni?

Ibu Onie juga sibuk melayan kerenah anak-anak jiran yang mahu merasa kelazatan kek harijadi tu.

Open House Cikgu Nasir

14 September 2014 -  Majlis Kenduri / Open House di rumah baru Cg Nasir di Puncak Alam . Majlis bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 4 petang.

 Abang Mokhtar pun hadir juga . Ramai juga geng-geng badminton yang hadir , cuma terserempak dengan Abg Mokhtar jer sebab kami pun nak balik awal.

 Cg Nasir ( berbaju hijau ) , tuan rumah

 Adik nampak macam ngantuk jer sampai nak tidur atas kerusi la pulak. ( atau bosan? )

Wah !! macam terlalu lazat jer makanan tu , ingat la sikit orang sebelah ni......

Pidato Perdana Sempena Bulan Kemerdekaan ke 57 Peringkat UiTM Kampus Puncak Perdana

9 September 2014

Pidato Perdana Sempena Bulan Kemerdekaan ke 57
Tema : Peranan dan Tanggungjawab Mempertahankan Kedaulatan Negara Dalam Konteks Mahasiswa
Pemidato : Brigedier Jeneral Dato' Prof Madya Hj Thantawi Jauhari Hj Ahmad
Tarikh : 9 September 2014
Masa : 9 - 11 malam
Tempat : Surau Al-Iqra Kolej Jasmine
Anjuran : Unit Kerjaya dan Kaunseling

 Kehadiran Dato' PM Hj Thantawi Jauhari disambut oleh komander kesatria UiTM KPP

Barisan komander dan juga AJK Program bergambar bersama Dato' di Bilik Mesyuarat Kolej Jasmine, UiTM KPP

 Brigedier Jeneral Dato' Prof Madya Hj Thantawi Jauhari Hj Ahmad

 Ucapan pengerusi program ( En Sulaiman Selamat ) -

 Pidato yang disampaikan oleh Dato' memang amat menyentuh perasaan dan meningkatkan lagi semangat mahasiswa untuk terus berjaya di masa hadapan.


Siswa dan Siswi yang hadir

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...