Setelah jam 2 kami pun pulang sebentar utk solat Zuhur sebelum meneruskan perjalanan ke Seksen 7 Shah Alam utk menghadiri majlis perkahwinan anak Hjh Azizah ( Pen Bendahari Kanan UiTM Puncak Perdana )
En Sulaiman dan En Shahir kekenyangan di situ...Lonely jer diorang datang ni..
Keadaan di dewan majlis perkahwinan anak Hjh Azizah, .
Sempat bergambar kenangan di depan Dewan Melur Seksen 7 , Shah Alam
Selepas itu terus kami bertolak ke Setiawangsa , KL utk undangan hari raya Puan Noami. Kami berhenti seketika di plaza tol Sentul untuk solat Asar. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam lebih disebabkan kesesakkan lalulintas yang teruk ketika itu. Kami sampai di Setiawangsa lebih kurang jam 5 40 petang dan didapati ramai orang masih berkunjung di situ. Tanpa berlenggah masa , kami terus menuju ke kiosk pulut durian. Disebabkan kekenyangan , kami hanya mampu makan pulut durian sahaja, dah tak mampu nak makan makanan yang berat-berat.
Sedapnya makan pulut durian bersama buah mangga..memang lazat tu..
Miza pun dah kekenyangan..hanya mampu makan kopok jer
heheh....freshnya mangga tu...bak mai sikit...
Nampak sangat adik pun kekenyangan..sampai kepala pun tak mampu nak angkat dah..
Dalam jam 6. 30 ptg kami pun beredar dan sampai di rumah dalam jam 8 malam.
No comments:
Post a Comment