Shopping di saat akhir ramadhan

26 Julai 2014 , Misi kali ini adalah untuk mencari tudung , songkok , sampin dan bunga utk persiapan hari raya dan destinasi yang dituju sudah semestinya di Jalan TAR Kuala Lumpur . Walaupun jalanraya sesak dengan kenderaan bertali arus tetapi misi tetap akan diteruskan , dan akhirnya kami sampai juga di Jalan TAR dalam jam 10 malam.



 Misi pertama adalah untuk mencari sampin Hafizi , kira murah la jugak ..sehelai dalam RM10 . Setelah berpuas hati dengan pemilihan warna dan corak sampin , kami pun membelinya dengan hati yang lega.

Misi seterusnya....mencari songkok Hafizi...
Berjaya juga...maklumlah di situ memang banyak gerai yang menjual songkok , saiz yang dipilih adalah 20 suku dan harganya setelah tawar menawar dapatlah dalam RM15 , kira ok la.

Seterusnya tudung Miza dan emaknya...

 Berjaya lagi..mencari tudung selendang berwarna kelabu , harga berpatutan dan hati pun lega sebab misi telah berjaya dilaksanakan dengan pantas dan jimat ( ni paling penting hehehe )

La...Hafizi mahu beli kain tudung juga ka? ...atau mahu belajar jual beli kain tudung?

Misi terakhir adalah mencari bunga....



Setelah berjalan selama hampit 30 minit mencari gerai bunga , akhirnya kami berjaya ketemui jua. Mahal juga harga bunga tu, ada sekuntum dalam RM18 ...tapi ada juga yang harganya RM1 tapi kualiti dia terlalu "hampeh". Setelah perbincangan dilakukan selama beberapa minit akhirnya kami telah memutuskan utk membeli bunga dan juga bekasnya sekali , ini memudahkan bagi proses gubahan bunga. Setelah 15 minit akhirnya proses tersebut telah dilaksanakan dengan "comelnya" dan harganya lebih kurang RM150.

Selesai pembayaran , kami pun singgah sebentar di gerai minuman kerana Miza dan Hafizi terlalu dahaga. Dalam jam 12 30 malam kami pun balik ke rumah memakan masa selama 1 jam 30 minit disebabkan jalan di TAR KL terlalu sesak dengan kenderaan dan org.

Bye Bye ...tahun depan jumpa lagi....





Pra Syawal 2014

Pagi ramadhan 23 hb Julai 2014 , kami staf Pej PNC UiTM Puncak Perdana sempat utk merakamkan gambar kenangan bagi sambutan raya tahun ini. Semuanya semangat macam dah raya gitu.

Semua nampak ceria jer , tapi si Fatin ni mulut "cebik" jer padahal dia yang paling semangat nak bergambar ... tapi Aznor pulak tak pakai "sampin" ..spoil betul la hehehehe....

Diorang nie tak puas puas lagi nak bergambar, siap pergi ke gazebo la pulak...takper raya setahun sekali , time ni la utk bergambar sakan bersama baju raya.

Nie dia staf Pej PNC yang sempat bergambar di dalam pejabat , nie permintaan si Fatin la ni , terpaksa la tunaikan, yang baju biru tu nampak ceria jer...ada sapa sapa yang berminat tak? bujang lagi tu..hehehe

OK...Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..Jangan lupa duit raya tau....



HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...