Majlis Perkahwinan Ista





 7 Sep 2014 . Sekitar Majlis Perkahwinan Insta ( staf unit kolej jasmine )

Staf Unit Kolej bersama beberapa pelajar JPK sempat bergambar bersama pengantin...yang pegang bunga tu bila la nak kawin...
 

Ida dan Johari , bergaya sakan..kalah pengantin..

 Saihah , dia ni pun dah bertunang..bakal berkahwin tapi bila ditanya tak tahu bila tarikhnya...jangan lama-lama bertunang nanti tak jadi ..rugi..

 Ros Azlin , Alia , Era dan Saihah antara barisan JPK ( Jawatankuasa Perwakilan Kolej ) yang sempat menyebok di majlis perkahwinan ni, yang penting dapat makan kan.
 
Orang kuat ( tuan rumah ) bagi majlis perkahwinan Insta.

Simulasi jika pelajar kehilangan kunci rumah oleh Felo UiTM Puncak Perdana

Salam ...wah dah lama tak menulis kat sini bukan sebab takda masa cuma tetiba datang malas pulak nak berbloging ni , tapi kena jugalah tulis sikit sikit , bagus untuk kenangan dan diari untuk masa depan.

3 Sept 2014 . Disebabkan 1 kes kematian pelajar UiTM Puncak Alam yang terjatuh dari tingkat 4 kerana dikatakan tiada kunci untuk memasuki biliknya, maka pada malam ini pihak FELO UiTM Puncak Perdana telah mengadakan 1 simulasi jika pelajar kehilangan kunci . Simulasi ini bermula pada jam 10malam dan berakhir pada jam 12 tghmalam dan ianya telah berjaya disempurnakan.


Hari ini Nazimi yang bertugas , jadi dia lah yang jadi 'mangsa' simulasi tersebut . Husna pulak nampak ceria jer.


Izwan pun nampak ceria jer memerhatikan Nazimi 'bekerja'

 Fauzi pun join juga....janggut pun makin panjang dah sekarang ni.

Simulasi berjaya....semua gembira...




Budak comel

Anak Siti Fatimah ni menjadi model ku kali ni , tapi yang tak bestnya susah bebenor nak ambik gambar dia ni. Nak senyum punya la payah...main paksa-paksa jer la.


last-last dia senyum gak , tapi nampak macam senyum terpaksa jer tu..

Potrait Siti Fatimah

Siti Fatimah Ab Rahman , Pegawai Eksekutif UiTM Puncak Perdana


Jalan-jalan ke Hutan Simpan Puncak Perdana

31 Ogos 2014 - 6PM .  Tujuan kami ke sini sebenarnya adalah untuk melihat jika ada tumbuh-tumbuhan yang cantik dan exotic, tapi malangnya hanya tumbuh-tumbuhan biasa sahaja yang kami temui . Tapi ok la , yang penting udara di situ memang segar dan nyaman.

 Entah apa yang dibualkan tu..

 Nakal ya Adik....sampai kena cubit telinga ..

 Baby dengan gaya ala model gitu menikmati suasana tenang di hutan sambil menghirup udara yang segar dan nyaman.

 Apa yang diorang pandang tu...tengok monyet kot?

Inilah hutan dia...masih belum terusik lagi dengan arus pembangunan ...

Bunga-bunga di sekitar Kolej Jasmine

1 September 2014

Bunga-bunga yg kembang mekar di Kolej Jasmine, UiTM Puncak Perdana








Tumbuhan hutan sekitar Puncak Perdana

31 Ogos 2014 ,

Destinasi kami kali ini adalah hutan simpan area Puncak Perdana , tujuan kedatangan kami adalah untuk mengambil gambar tumbuh-tumbuhan hutan yang menjalar di kawasan tersebut . Agak kecewa juga kerana hanya sedikit sahaja gambar tumbuh-tumbuhan yang dapat kami ambil , mungkin kalau kami hendak melihat tumbuh-tumbuhan yang lebih esotik dan bermacam-macam jenis lagi , kami terpaksa la berjalan jauh masuk ke dalam hutan tersebut.

Antara spesis tumbuhan yang sempat kami photokan :










Pantai Remis

30 Ogos 2014

Perjalanan tanpa dirancang . Jam 5.30 petang selepas sembahyang Asar , kami sekeluarga pun ke Pantai Remis sebab nak menghilangkan bosan duduk di rumah . Jarak antara Puncak Perdana ke Pantai Remis hanya 28-30km sahaja mengikuti jalan Meru dan Kapar. Perjalanan pula mengambil masa selama 20-30 minit . Kami sampai ke destinasi dalam jam 6 .05 petang dan inilah pertama kalinya kami menjejaki pantai Pantai Remis.

 Merenung jauh ke lautan...hehehe...

 Pantai Remis yang tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda , airnya keruh dan kotor.



 Baby dan Mama sempat bergambar di tepi pantai , pada mulanya si Baby ni nak mandi..tapi bila tengok keaadan pantai yang kotor tu , terus dia batalkan niat murninya itu.

 Adik pun sama juga , layan tepi pantai jer la.

Aktiviti bergambar diteruskan bila bermulanya matahari terbenam

Babai Pantai Remis , lain kali jumpa lagi...

Malaysiaku..

Malaysia ..Di sini lahirnya sebuah cinta.....dari Pejabat PNC UiTM Puncak Perdana


Bunga Kebangsaan Malaysia


Doa untuk Palestin


Sepi Seekor Kumbang

Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan. Sewaktu terbang sayap belakang yang digunakan, manakala sayap hadapan terbuka dan terentang, tidak digunakan. Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat digunakan untuk menggigit, mengerat atau mengunyah makanan yang terdiri daripada benda padat. Kumbang boleh di dapati di pelbagai habitat daratan maupun akuatik. Malah terdapat kumbang yang merupakan perosak bijirin yang disimpan, seperti kumbang beras dan kumbang tepung

'Signature' ku yang baru

Emm....nampak semua gambar yang cantik-cantik mesti ada signature samada yang lawa atau biasa-biasa jer. Aku pun nak cuba juga la buat signature tu . Tak la lawa sangat pun tapi senang sikit kalau ada gambar nak di paparkan just letak signature tu jer.

Ini adalah percubaan kali pertama...nanti kalau ada signature yang lebih cantik dan 'sempoi' akan aku ubah lah..

Rasanya nak guna yang di bawah ni , nampak lagi ceria..

Kalau di letak di gambar bunga pun ok juga signature ni



HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...