Salam Ramadhan 2016



Bila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak pasti semua umat Islam tidak melepaskan peluang untuk merebut keberkahan menuai pahala. Ramadhan adalah bulan yang mulia dan kita perlu istiqamah untuk tidak mensia-siakan peluang yang datang ini. Rebutlah ganjaran dan keistimewaan yang Allah SWT janjikan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadis dan alQuran. Bulan Ramadhan juga diberi julukan sayyidusy syuhur iaitu penghulu bulan-bulan kerana memiliki pelbagai keutamaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh bulan yang lain. Antara keuntamaan yang terkandung dalam bulan Ramadhan iaitu;-

  • Ramadhan merupakan syahrul Quran (bulan Al-Quran).
  • Bulan Ramadhan merupakan syahrun mubarak (bulan keberkahan).
  • Bulan Ramadhan pintu-pintu surga terbuka dan pintu-pintu neraka tertutup serta syaithan-syaithan diikat.
  • Bulan Ramadhan adalah sarana bagi seorang muslim untuk berbuat kebaikan dan mencegah maksiat.
  • Ramadhan bulan maghfirah (pengampunan dosa).
  • Ramadhan bulan itqun minan nar (pembebasan dari Api neraka).
  • Bulan Ramadhan terdapat Lailatul Qadar yang nilai kebaikan padanya lebih baik dari seribu bulan.


Apa-apa pun, langkah pertama yang perlu harus kita mulai adalah berniat:




Sebagai panduan dan pedoman agar tidak terlewat atau tidak bersahur langsung nanti. Waktu Imsak dan Waktu Berbuka bagi kawasan Daerah Gombak, Petaling, Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.
Pamplet berkenaan bulan Ramdhan sebagai panduan dan mendapat fadhilat puasa di bulan Ramdhan. semoga kita beroleh puasa yang diterima Allah SWT dan saling ingat mengingati sesama kita.


KEWAJIPAN BERPUASA 
(credit daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Firman Allah (Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185)
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga dibuka

FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat-solat sunat yang lain
  3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa
  5. Banyakkan membaca tahlil
  6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

The Nahara Resort , Kalumpang

Kali ini aktiviti mandi manda dan berkelah pula mengisi masa kami di hujung minggu. Destinasi pilihan adalah The Nahara Resort, Kalumpang. Program kali ini disusun atur oleh pejabat tempat kerja Pn Isteri dan apalagi kita orang pun tumpang sekaki laa...emmm al maklumlaa dah lama tidak mandi manda di sungai...terkenang pula zaman kanak-kanak dulu selalu mandi kat sungai. 

Kami tiba di The Nahara Resort, Kalumpang pada jam 10.30 pagi. Bayaran masuk dikenakan kepada setiap pengunjung ~ RM8.00 bagi setiap orang dewasa. Selesai membayar kami pun meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan. Ramai gak pengunjung yang datang ke tempat nie masa itu...full parking wei...kami menuju tempat wakaf yang telah ditempah oleh pejabat Pn. isteri. Ramai gak yang join berkelah, ada laa lebih kurang 8 family. Makanan semua ala-ala `potluck` dan pelbagai menu yang dibawa antaranya ayam panggang, meehoon goreng, nasi putih dengan rendang daging dan kari kambing, nasi lemak, macaroni, cream puff, kek, keropok dan air minuman dll.

Alhamdulillah, sebenarnya inilah masa yang amat berharga untuk kita `release tension` setelah penat bekerja. Selain itu, kita dapat membebaskan ion positif dengan kaedah membumikan ion positif yang ada dalam badan kita dengan syarat buka selipar dan pijak tanah/pasir. Dalam badan kita ni terlalu banyak ion positif berkumpul yang diambil dari persekitaran tempat kerja dan di rumah. Situasi ini tidak elok untuk kesihatan. 

Ion negatif adalah ion yang elok dan diperlukan di dalam tubuh badan manusia. Kehadiran ion negatif yang banyak di dalam tubuh manusia akan dapat mengimbangkan saraf otonum, memurnikan darah dan menguatkan sistem imun badan serta motabolisma sel. Ion-ion negatif ini boleh didapati di udara segar di dalam hutan, air terjun dan kawasan yang banyak pokok. Secara umumnya, kita boleh menhirup udara ion sebanyak 15% saja manakala kulit manusia mampu menyerap ion sebanyak 85%. Inilah terapi percuma dengan mandi manda di air terjun.

Video aktiviti berkelah boleh dilihat di sini


Sekitar lokasi air terjun 

Miza kelaparan dan sibuk menyeduk mee hoon 

Terapi sambil makan 

Hafizi terus terjun dan mandi manda

Miza test suhu air sungai...aduh sejuk nyer cam mana nak mandi nie.

Hafizi dah posing kat batu berendam

Rama-rama melabuhkan sayapnya di batu berendam gak

Aksi terjunan yang mengujakan pengunjung

Ceh...ceh berjaya juga Miza memboloskan diri dan berendam ke dalam air sungai

Pose istimewa daripada Hafizi

Institut Kanser Negara

Pengenalan ( sumber dari laman web ikn )

Pada tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa penyakit kanser telah menyumbang sebanyak 9.34% daripada semua jumlah kematian di Malaysia berbanding 7.37% pada tahun 1975. Menerusi penemuan didalam Laporan Pertama Pendaftar Kanser Kebangsaan dianggarkan bahawa risiko mendapat kanser di Malaysia adalah 1 dalam 4. Sehubungan itu, penubuhan Institut Kanser Negara (IKN) di harap dapat memenuhi keperluan pesakit kanser di Malaysia.

Projek pembinaan Institut Kanser Negara adalah merupakan projek yang ditunggu-tunggu dan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan untuk menyediakan rawatan kesihatan bertaraf dunia dalam memenuhi aspirasi wawasan 2020 ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Institut Kanser Negara adalah sebuah institusi perubatan kanser yang dibina khas untuk memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser. Penubuhan Institut Kanser Negara adalah bertujuan bagi menangani segala keperluan yang semakin meningkat berkaitan dengan isu-isu kanser dalam negara.

Dibawah naungan Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang kehilangan isterinya Allahyarhamah Datin Seri Indon Mahmood akibat kanser pada tahun 2004, sebuah tapak berkeluasan 1065 ekar yang terletak di Presint 7, Putrajaya telah dikenal pasti untuk pembangunan Institut Kanser Negara. Lokasinya yang strategik terletak bersebelahan Hospital Putrajaya, Putrajaya Sentral, Ibu Pejabat Bomba, Ibu Pejabat Polis, Pusat Perdagangan (akan datang) dan ianya mudah diakses menerusi lingkaran Putrajaya dan Lebuh Sentosa.

Majlis Pecah Tanah telah berlangsung pada 9 Januari 2007. Proses perancangan, reka bentuk dan perundingan awal telah dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama kontraktor tempatan secara reka dan bina.

Kerja-kerja mengambil alih tapak dan kerja-kerja tanah telah dimulakan pada 1 September 2010. Projek ini dibina secara fast track dan serentak dengan reka bentuk terperinci bersama dengan interaksi intensif yang mengambil masa kurang daripada 3 tahun untuk disiapkan dan dilengkapi sepenuhnya diuji, ditauliah kemudian di ambil alih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Institut kanser Negara merupakan projek pertama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menggunkana model bangunan berinformasi atau building information modeling (BIM). BIM adalah proses mewujudkan dan menggunakan model-model digital untuk mereka bentuk, menyelaras pembinaan dan penyelenggaraan melalui visualisasi dan simulasi 3D.

Bangunan Institut Kanser Negara telah menggunakan aplikasi Industrialized Building System (IBS) dengan skor sebanyak 70%. Pada puncak pelaksanaan seramai 1000 orang pekerja dan kakitangan terlibat dalam projek ini. Pengawasan ketat, pengurusan keselamatan dan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan kualiti telah diambil sepanjang projek ini dijalankan. Pada akhir tempoh pembinaan, projek Institut Kanser Negara mencipta rekod 5 juta jam tempoh berkerja tanpa kehilangan hari bekerja. Ia merupakan rekod keselamatan yg cemerlang bagi sesebuah projek berskala besar seperti ini.

Bangunan Institut kanser Negara telah mengambil inisiatif reka bentuk termoden seperti orentasi solar yang baik, kecekapan tenaga dan pandangan yang optimum untuk landskap persekitaran. Aspek seni bina dan reka bentuk dalamannya menarik dan menepati keperluan fungsi hospital bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra pengguna terutamanya kepada pesakit-pesakit, pelawat dan kakitangan hospital. Ini adalah fungsi utama bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang ideal untuk tujuan penyembuhan. Pendekatan seni bina yang diambil adalah untuk melahirkan sebuah hospital abad ke-21 dan mudah dikenal pasti dengan reka bentuk bangunan yang menarik. Pencahayaan malam direka bentuk untuk memberi identiti monumen yang terserlah.

Institut Kanser Negara direka bentuk berdasarkan beberapa konsep reka bentuk. Antara reka bentuk konsep yang digunapakai ialah hospital yang khusus untuk menampung pesakit dan memberi penjagaan perubatan kesihatan khusus yang disokong oleh state of the art yang khusus dalam bidang diagnostik dan fasiliti perubatan. Selain itu, ia direka dengan menggunakan reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai senibina, reka bentuk dalaman dan landskap yang menarik bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pemulihan dan penyembuhan. Projek pembinaan Institut Kanser Negara ini berjaya disiapkan lebih awal berbanding tarikh siap kontrak.

Institut Kanser Negara diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 September 2013 pada satu Majlis Penyerahan Projek dan ia mula beroperasi pada 2 September 2013. Institut Kanser Negara merupakan sebuah hospital yang dibina dengan peralatan canggih dan teknologi maklumat terkini. Merangkumi aspek diagnostik dan rawatan khusus dalam menangani pelbagai penyakit kanser.

Perkhidmatan utama yang disediakan di Institut Kanser Negara ialah Radioterapi & Onkologi, Perubatan Nuklear, Pembedahan Onkologi dan Perawatan Paliatif. Perkhidmatan lain yang disediakan ialah perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan rawatan harian dan perkhidmatan sokongan klinikal. Institut Kanser Negara bakal menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam perawatan kanser, penyelidikan dan pendidikan, dan perkhidmatan kesihatan yang terulung di Malaysia

Pintu masuk IKN - ruang depan

Tengahari semalam, kami sekeluarga sempat melawat emak yang menjalani rawatan Kimoterapi di IKN Putra Jaya. Mengikut kata doktor , tahap kansernya adalah pada tahap yang serius dan perlu dilakukan Kimo secara berkala di IKN.

Untuk makluman , Kimoterapi adalah :

- Kemoterapi (bahasa Inggeris chemotherapy) bermaksud satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti barah dalam merawat barah.

- Dalam penggunaan moden, istilah ini hampir merujuk secara eksklusif kepada ubat sintetik yang digunakan untuk merawat barah.

- Kimoterapi, dalam pengertian yang paling umum, adalah pengubatan penyakit dengan bahan kimia terutama oleh membunuh mikro-organisme atau sel-sel kanser.

- Umumnya, kimoterapi bertindak dengan membunuh sel yang membelah dengan cepat, salah satu sifat-sifat utama sel-sel kanser.

- Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kimoterapi bergantung kepada jenis dan tahap kanser, kesihatan anda dan sejauh mana potensi kanser untuk merebak kepada organ-organ penting anda.

Berikut adalah kesan-kesan sampingan yang agak lengkap yang perlu anda ketahui :

1. Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain.
2. Kekeringan - kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut
3. Keguguran rambut samaada sebahagian atau    keseluruhan.
4. Kebas pada tapak tangan atau kaki.
5. Perubahan kepada sistem pendengaran anda. Contohnya bunyi bergema.
6. Sering muntah adakalanya disertai darah.
7. Bengkak pada sistem deria atau pada organ     badan.
8. Perubahan warna kulit
9. Mudah dijangkiti penyakit samaada demam, batuk     dsbnya kerana sistem imun telah binasa.
10. Kerosakan pada organ penting seperti jantung,    hati, saluran darah dsbnya.
11. Kelesuan atau tidak bermaya.
12. Hilang selera makan


Emak sedang dirawat dengan menggunakan kaedah kimoterapi . 


Ole-ole dari Melbourne


Hari tu adik baru balik bercuti dari Melbourne selama 10 hari dan ini ole-ole untuk aku . Sebenarnya ada 2-3 benda lagi yang dia bagi aku seperti duit syiling , baju dan apron memasak. Semuanya untuk kenang-kenangan . Duit  Australia tu yang paling best dan mahal..kalau ditukar ke RM boleh dapat banyak tu hehehe . Apa yang diberi, aku sangat-sangat menghargainya . Nanti kalau pergi mana-mana lagi bolehlah bagi lagi yer XD . Thanks Sis!

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...